Monday, July 26, 2010

Ceramah Cap Ibu dan Anak

Nampak nye saban hari blog ni rakus digomol oleh Tain 3T dan Padilazim.

Harap2 entri aku ni dapat mengembalikan semula kesucian blog ini. Hik hik hik!

Menyingkap balik malam2 minggu semasa di skolah Azlan memang tak brape nak best. Tak de EPL, Akademi Fantasia mahupon Imam Mude, Jangan Lupe Lirik jauh sekali. Yang pasti malam minggu mesti dihidangkan dengan ceramah @ pon kuliah agama. Selalunya sementara nak tunggu solat Isyak, mesti ade Ustat @ pon cekgu2 yang melangkah gagah ke depan masjid nak bagi ceramah.

Pada satu malam minggu yang indah, sorang cekgu memanjangkan langkah ke bahagian depan masjid. Kutu-kutu yang dah biase lepak belah2 belakang dah buat muke cam hawo dan ade gak yang mengumpat skit2 dalam hati termasuklah aku.

Mic dah test, dak2 junior yang skema smue pon dah diam terpaku, tinggal ade brape orang je lagi senior2 hati keras yang buat2 amik air sembahyang tanda protes.

Cekgu tu pon nampak cam dah ready nak bagi ceramah. Baru nak bagi mukadimah tibe2.........


Kroohh...krohhh...krohhh!!!"


Cekgu tersebut batuk dengan lantang sekali.


"Neves kot..." detik hati aku.


Cekgu tersebut nampak dah kembali normal. Tersenyum sikit. Mungkin sebab malu. Die pon capai balik mic. Satu masjid tak sabo2 menunggu ayat pertama yang nak terpacol dari mulut cekgu tersebut. Tak sempat perkataan pertama kluo, tibe-tibe......


Krohhhhhhhh...krohhhhhhhh...krohhhhhhhh!!!!"


Makin lantang cekgu tersebut batuk.


"Wow..." detik hati aku untuk kali kedua.


Keadaan dah jadi agak panik. Beberapa kutu Badri kelam kabut cari ayor nak bagi cekgu minum, kot2 tekak die mau bagi kerjasama. Lepas pekena dua tige teguk ayor, cekgu tu pon nampak dah kembali tenang tapi masih lagi semangat nak bagi ceramah. Semua mate tertumpu pada panorama di depan masjid yang amat jarang sekali berlaku dalam sejarah penubuhan SMKASAS.

Mic sekali lagi dicapai. Die menarik nafas dalam2 dengan harapan keadaan bakal berubah. Tibe-tibe..........


Krrrrroooooohhhhhhh.........krrrrroooooooohhhhhhhhhhh......krrrrrrroooohhhhhhhhhh!!!!!!"


Nampaknye keadaan tetap tak berubah tapi makin gawat. Bunyi batukan cekgu tersebut makin padu dan menggegarkan satu SMKASAS ditambah pula dengan bantuan speaker masjid. Mungkin kerana tidak dapat menahan kesakitan ataupon mungkin sebab malu yang teramat sangat, cekgu tersebut terus berlari-lari anak keluar dari masjid diikuti beberapa orang ajk masjid yang mungkin cube memberi bantuan. Setiap jiwa yang melihat situasi tersebut tergamam, terkejut, terkesima dan bermacam2 'ter' lagi.

Aku dan beberapa penjahaman yang lain dah tak boleh nak kawal emosi. Kami gelak bagai nak mati sampai ade yang terkentot.

Mungkin betul gak cakap orang2 tue. Kalau ade 40 orang cakap benda yang sama mesti benda tu jadi kenyataan. Aku ingtkan aku sorang je mintak, rupenye ade 39 orang lagi yang mintak benda yang sama. Hik hik hik!!!

Selama 5 tahun hidop kat SMKASAS itulah ceramah yang paling kool penah aku layan. Pe2 pon, kalau batuk jangan lupe makan ubat, nanti susah nak bagi ceramah. Tak gitu??!!

7 comments:

TAIN 3T said...

hahaha meowlestik, xsilap aku Aso kan? ke Pak Chat

Anonymous said...

kamu salah ni meo.

dia bukan nak bagi ceramah. masa tu aso baru dilantik jadi warden asrama. kira malam tu nak perkenalkan diri la..

meo sepul said...

baek en. anon...memang saya yang salah, en. anon sorang je yang slalu betul...

Anonymous said...

bagus.

kucing yang taat.

meo sepul said...

pun-dek.

TAIN 3T said...

"Aku dan beberapa penjahaman yang lain dah tak boleh nak kawal emosi. Kami gelak bagai nak mati sampai ade yang terkentot."

-meow dan kentut umpama tak boleh dipisahkan. rupanya meow dah terjangkit dgn botak ni

meo sepul said...

bajet suci je tapa...macam seumor hidop x penah kentot lak...jangan sampai aku kluo fakta biologi lak kang...