Monday, July 26, 2010

Ceramah Cap Ibu dan Anak

Nampak nye saban hari blog ni rakus digomol oleh Tain 3T dan Padilazim.

Harap2 entri aku ni dapat mengembalikan semula kesucian blog ini. Hik hik hik!

Menyingkap balik malam2 minggu semasa di skolah Azlan memang tak brape nak best. Tak de EPL, Akademi Fantasia mahupon Imam Mude, Jangan Lupe Lirik jauh sekali. Yang pasti malam minggu mesti dihidangkan dengan ceramah @ pon kuliah agama. Selalunya sementara nak tunggu solat Isyak, mesti ade Ustat @ pon cekgu2 yang melangkah gagah ke depan masjid nak bagi ceramah.

Pada satu malam minggu yang indah, sorang cekgu memanjangkan langkah ke bahagian depan masjid. Kutu-kutu yang dah biase lepak belah2 belakang dah buat muke cam hawo dan ade gak yang mengumpat skit2 dalam hati termasuklah aku.

Mic dah test, dak2 junior yang skema smue pon dah diam terpaku, tinggal ade brape orang je lagi senior2 hati keras yang buat2 amik air sembahyang tanda protes.

Cekgu tu pon nampak cam dah ready nak bagi ceramah. Baru nak bagi mukadimah tibe2.........


Kroohh...krohhh...krohhh!!!"


Cekgu tersebut batuk dengan lantang sekali.


"Neves kot..." detik hati aku.


Cekgu tersebut nampak dah kembali normal. Tersenyum sikit. Mungkin sebab malu. Die pon capai balik mic. Satu masjid tak sabo2 menunggu ayat pertama yang nak terpacol dari mulut cekgu tersebut. Tak sempat perkataan pertama kluo, tibe-tibe......


Krohhhhhhhh...krohhhhhhhh...krohhhhhhhh!!!!"


Makin lantang cekgu tersebut batuk.


"Wow..." detik hati aku untuk kali kedua.


Keadaan dah jadi agak panik. Beberapa kutu Badri kelam kabut cari ayor nak bagi cekgu minum, kot2 tekak die mau bagi kerjasama. Lepas pekena dua tige teguk ayor, cekgu tu pon nampak dah kembali tenang tapi masih lagi semangat nak bagi ceramah. Semua mate tertumpu pada panorama di depan masjid yang amat jarang sekali berlaku dalam sejarah penubuhan SMKASAS.

Mic sekali lagi dicapai. Die menarik nafas dalam2 dengan harapan keadaan bakal berubah. Tibe-tibe..........


Krrrrroooooohhhhhhh.........krrrrroooooooohhhhhhhhhhh......krrrrrrroooohhhhhhhhhh!!!!!!"


Nampaknye keadaan tetap tak berubah tapi makin gawat. Bunyi batukan cekgu tersebut makin padu dan menggegarkan satu SMKASAS ditambah pula dengan bantuan speaker masjid. Mungkin kerana tidak dapat menahan kesakitan ataupon mungkin sebab malu yang teramat sangat, cekgu tersebut terus berlari-lari anak keluar dari masjid diikuti beberapa orang ajk masjid yang mungkin cube memberi bantuan. Setiap jiwa yang melihat situasi tersebut tergamam, terkejut, terkesima dan bermacam2 'ter' lagi.

Aku dan beberapa penjahaman yang lain dah tak boleh nak kawal emosi. Kami gelak bagai nak mati sampai ade yang terkentot.

Mungkin betul gak cakap orang2 tue. Kalau ade 40 orang cakap benda yang sama mesti benda tu jadi kenyataan. Aku ingtkan aku sorang je mintak, rupenye ade 39 orang lagi yang mintak benda yang sama. Hik hik hik!!!

Selama 5 tahun hidop kat SMKASAS itulah ceramah yang paling kool penah aku layan. Pe2 pon, kalau batuk jangan lupe makan ubat, nanti susah nak bagi ceramah. Tak gitu??!!

Saturday, July 24, 2010

Raket Badminton


Satu petang tahun 1995, gua ada pinjam raket sorang kutu ni sebab teringin nak main badminton.
Pukul 2-3 kali..Paaanngg!!
Raket melayang hentam atas simen.Bengkok riok!

Gua tengok duit dalam dompet ada 10 ringgit. Cepat cepat gua kemas beg talipon ayah suruh angkut gua balik rumah.

Kehkehkeh..

Tuan punya raket, dah 15 tahun ni..nak gua ganti jugak ke?

fungsi masjid

berikut adalah fungsi masjid secara am nya:-

  • tempat orang-orang Islam beribadah terutamanya mendirikan sembahyang Jumaat dan sembahyang-sembahyang lain;
  • tempat mengadakan pendidikan Agama Islam dan pendidikan-pendidikan yang memberi faedah
  • tempat mengadakan sesuatu majlis perayaan yang berkaitan dengan Agama Islam;
  • tempat mengadakan syarahan atau ceramah agama oleh pensyarah atau penceramah
  • tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan; dan..
kalau sekolah azlan ada satu lagi tambahan fungsi masjid

  • tempat orang berdating atas nama perjumpaan kelas, kelab atau persatuan.

-malas nak komen sbb terlibat sama.heh-

Friday, July 23, 2010

tribute kat sorang kawan

ni zaman form2.time budak2 pompuan tetiba jadi matang.heh.

satu subuh gua sudah terlambat.hari ni pak chat jadi warden. dia ni garang.

gua sempat selit masuk dlm dgn kawan gua baru masuk azlan.pas semayang kitaorg duduk dlm.pak chat pegi depan n sound semua orang.

~sapa lambat tadi angkat tangan~.

gila la nak angkat tangan.yg angkat pun adik2 form1.biasa la tu.diorang kan masih suci.

gua kerling sebelah.tgk kawan gua td mcm teragak2 nak angkat tangan atau x. utk 5 saat pertama gua terharu atas kejujuran kawan gu. tp cepat2 gua ke alam realiti lalu gua bagi isyarat - kalau lu angkat tangan, memang mampos. ni bukan menempah mati syahid tp mati katak.

kawan gua paham dan x jadi angkat tangan.gua selaku budak baik ajar kawan gua supaya x jujur.dlm masjid lak tu.x patut betul.

tp tu 14 tahun dulu..

sekarang kawan gua telah membesar menjadi seorang pengketiak tegar..daripada saufy nizar kepada LucaDeketiak..gua suspek dia ni mungkin 2 entiti berbeza.

mungkin.

p/s - terima kasih sekolah azlan kerana mendidik kami sampai jadi macam sekarang...

abdul wahab bin singa dollah

ini gua petik dari kata2 sallehudin saibani. johan hafazan peringkat negeri perak 5 tahun berturut-turut. kata2 ni merujuk pada abdul wahab bin abdullah.

asadullah = singa allah. -> merujuk panggilan untuk saidina ali.

asad dollah = singa dollah. -> merujuk panggilan untuk bapak wahab.

tipu aleh, tipulah gua.

Thursday, July 22, 2010

WAHAB yg kool

Situasinye mcm ni:

Pada satu malam, lepas abis semayang magrib (kalu tak silap) yg semestinya secara berjemaah, dengan gaya tengah marah sgt2, Ust arshad masuk ke dalam terus meluru strait je gi depan tempat imam. dengan gaya peragutnye beliau trus rebut mic dr imam bertugas, bagi salam dan ayat2 pembukaan pon stail ekspres je. pelajar2 semua dah naik gabra, gelabah, ape pulak yg Pak Chat nk sound ni, nampak gaya mcm serius je. Gaya pak chat ngamuk mmg boleh tahan jugak gerunnye. sehabisnye ayat pembukaan pak chat yg jelas menggambarkan kemarahan dan kepanasannya, tiba2 wahab masuk dari sblh kanan masjid (pintu ke kolah). ust arshad yg tgh panas trus jerkah wahab. memang pantang betul dia kalau tgh nk bercakap ade orang bangun berjalan kesana kemari. semua mesti duduk diam dengar dgn teliti setiap bijik butir ucapannye tu.

"WAHAB, KAMU KE MANA...?!!"

Wahab cuba cover gabra jwb dgn kool.

"Tandas ustat"

Ust arshad jerkah lagi.

"BUAT APE KAMU PEGI TANDAS...?!!"

Wahab jawab dgn kool.

"BERAK..."

Jawapannye yg agak kool itu disambut dengan gelak besar satu masjid oleh pelajar putera. nasib baik pelajar puteri tak nampak sbb kena tutup langsir. satu masjid jenuh gelakkan wahab sebab gayanye sampaikan jawapannye tu mcm badut sarkas kepala dongga je. yg pentingnye ustat arshad yg tadi nampak marah kaw2 terus tak jadi marah sbb dia pon tergelak tgk gaya wahab tu. trus segala ucapan dan nasihatnya disampaikan dengan nada yg manis dan lembut skali.

Hahahaha wahabi ad-dolahi

Wednesday, July 21, 2010

kawan aku yang comel

helo!entry gua ketiga!

td gua pusing2 pekan kajang carik pasu bunga utk mak mertua.

tengok pasu bunga teringat gua kat subjek KH.cikgu nasir ajar.sempoi abis.

masa gua form 2, kalau kelas KH kena gabung kelas. kelas bukhari ngan haitam. kelas KH biasanya buat kat lab biologi/kimia area bangunan lama.

satu hari kelas KH macam biasa cikgu nasir suruh sorang2 berdiri apabila dipanggil. gua budak masjid so duduk kat depan.yg nakal2 duduk belakang. cikgu nasir tanya gua, gua berdiri dan jawab soalan.settle.

sampailah ke giliran kawan gua bernama muttaqin abd latif. beliau yang pada ketika itu comel orangnya (masa tu kan form 2) duduk di belakang telah diseru oleh cikgu nasir untuk berdiri menjawab soalan. lalu muttaqin pun berdiri dan menjawab soalan cikgu nasir.

tetiba cikgu nasir semacam x puas hati lalu sound muttaqin yang bunyinya lebey kurang seperti berikut:-


~muttaqin, kalau jawab soalan saya, awak kena berdiri, bukan duduk~


padahal gua tengok muttaqin dah berdiri. gua senyum sendiri.

update ringkas

atok kol gua tadi.

gua tak angkat.

berdebor.

JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI.....MISTERI...???

Rasenye ade beberapa peristiwa yang sampai sekarang kita masih tak tau jawapannye...kejadian yg berlaku kekal jadi misteri...walau pelbagai usaha yg telah dilakukan dan pelbagai cara2 seperti jumpa tok nujum, refer ahli psikik, gunakan teknik ilmu ghaib, tapi jawapan yg dicari masih menyepi dan kes demi kes kekal jadi misteri.

Antaranya:

1) Siapa buang najis dalam dorm Bilal dulu?
- di satu subuh yang hening, ketika jam loceng bersahut-sahutan mengejutkan juniour2 form 1 utk bangun mandi dan pegi semayang subuh (waktu tu jam paling grand adalah kepunyaan habib rahim al-banjari - jam jenis bunyi azan punya...). masa tu budak2 dorm bilal pon bangun jugak la, selepas dikejutkan oleh ketuanya mohd nazri a.k.a babad ganja. tapi tiba2 terdengar jeritan dari tengah dorm.

"Woi sape punya kerja ni...!!!???"
"Habis cadar abg zafri ni woi...!!!"
"Gampang sape punya kerja ni..."

Semua tertumpu pada suara tersebut yg dimiliki oleh Hakim Adnan, yg tumpang tido katil abg zafri naqib (bukan muhammad naqib - en bahakodin) dorm bilal. Semua nampak badan hakim yg masih berbalut dengan selimut berpalit dengan ketulan2 najis orang yg besar2 belaka. setiap ketulan dianggarkan sebesar penumbuk budak umur 9 tahun. semua. Lalu kecoh2 la semua budak dorm bilal saling bertanya sesama sendiri sape punya keje yg pegi buang najis kat sekeliling hakim tu. kedudukan najis2 yg dibuang tersebut seolah telah dirancang dengan teliti dan rapi, elok aje tersusun keliling katil termasuk celah kaki si Hakim tu. Hakim pulak telah membuktikan dirinya bukan punca onar tersebut kerana seluar tidurnya masih lagi putih bersih tanpa secalit najis pon. Jadi siapa punya kerja...??? Adakah angkara durjana dari luar??? Tak mungkin kerana pintu dorm terkunci kemas dan rapat dari dalam.

Lalu keluarlah pelbagai teori yang disokong oleh bukti2 yang kurang kukuh untuk menyelesaikan kes misteri ini. macam2 versi atau pendapat yg diutarakan demi untuk mencari sebuah kebenaran yg kukuh. Ada yg kata terdengar bunyi seseorang masuk dari luar, tapi bukti yg tak logik kerana pintu dorm kunci rapat kaw2 dr dalam. Ada pulak teori dari Adli a.k.a Toyu/Tocu yg menceritakan pengalamannya ketika terjaga di tengah malam waktu kejadian. Ramai teruja bila dengar cerita si Toyu menyatakan dia terdengar bunyi seolah dengkuran atau seperti seseorang tengah berkeroh, kroohhhh... masa dia terjaga tu. masing2 tertanya sape pulak yg boleh buat bunyi mcm tu dalam dorm ni. Ataupun mungkinkah...entiti yg berbunyi mcm tu di malam tersebut yg menyimpulkan bahawa kejadian onar tersebut angkara sang entiti. Tapi tak logik laa...kerana ramai yang menyangkal bukti tersebut sekeras-kerasnya.

Apakah langkah penyelesaian yang diambil oleh budak2 dorm bilal pada masa tu? sama2 kita tunggu sambungannya...tah bila ikut kelapangan aku nak tulis lagi...

Tuesday, July 20, 2010

peribahasa melayu

semua orang tau peribahasa melayu.gua pun x terkecuali.ada juga peribahasa yang gua sendiri x penah dengar contohnya:-

"babi merasa gulai" - maksudnya menyimpan rahsia yang telah diketahui umum

bila pulak babi bole merasa gulai.mungkin babi diternak secara komersil seperti di Tronoh.

okeh.straight forward.

satu tengahari, meorsepul, gua dan beberapa rakan 5 ibnu sina (maaf gua dah lupa sapa masa tu) telah menamatkan kelas lebih awal.oleh kerana ada masa lapang plus dewan makan belum dibuka utk makan tengahari, maka kitaorg pun melepak di dalam bilik prep di area berdekatan dengan pintu koperasi asrama.

tengah sedap-sedap duduk, sekonyong2 terlihat kelibat kereta iswara coklat dipandu perlahan ke arah asrama. x payah nak dijenguk siapa pemandunya - siapa lagi kalau bukan che'gu zan.

maka kitaorg pun dengan sepantas kilat menyorokkan diri di sebalik meja-meja bilik prep.masa tu kalau gua x silap meorsepul menyuruk kat meja ijat fahmi (meja beliau nun paling hujung). kitaorg dah bole agak, kalau dia nampak kitaorg, memang kena berdas-das la.boleh pedih telinga

che'gu zan nampak percubaan menyuruk meorsepul. beliau x cakap apa2 tp terus mengeluarkan peribahasa melayu paling mudah & ditujukan khas buat meorsepul:



~BANGKAI GAJAH kalau ditutup nampak juga~
(baca dalam keadaan dongakan 45 darjah dan pandangan sinis)



terus gua & kawan2 x jadi nyuruk sebab sakit perut. sakit perut tahan gelak.gua tgk meorsepul muka dah merah padam.

paham-paham sendiri lah apa zan maksudkan.pergh.

gipang a.k.a gila pangkat


gua dengan gipangnya dah report kat cekgu zan pasal entry padil kat bawah. harap2 lepas gua report ni, cekgu zan terbuka ati nak bayar elaun ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang patut gua dapat tapi dia tak penah bagi.

Monday, July 19, 2010

kenapa gua x berapa ngam dgn che'gu zan

ada kisah kenapa zan x berapa suka dgn gua

satu rehat, tatkala sudu-sudu berterbangan(rujuk entry terdahulu), gua diseru oleh Che'gu Zan dari jarak jauh. untuk mengelakkan pandangan serong kawan2, gua pun dengan cepat2 mendapatkan che'gu zan yang tgh makan sorang2.

sampai tempat che'gu Zan, gua dihulur dengan cekodok. Wah, baik gak che'gu zan ni, cekodok pun nampak sedap, getus hati gua. Lalu dengan sukacitanya, gua pun melahap cekodok che'gu yang sedap dalam tupperware merahnya.

Tengah mencekik, tiba-tiba che'gu berkata sesuatu yang gua memang terkejut abis.

Fadil, saya bagi kamu makan cekodok ni, kamu jadi spy saya utk meorsepul.

Gua terkelu. Tapi cekodok masih dikunyah.

Dalam hati gua ada 2 opsyen:-

a) Terima pelawaan che'gu - gua akan dipandang tinggi oleh zan, silap2 setaraf dengan m saiful tajudin, kurt shaharudin dan anas firdaus. Mungkin juga gua akan dapat soalan2 rahsia spm matematik tambahan.

b)Tolak pelawaan che'gu - gua akan dilabel penjenayah dan sentiasa dipandang serong oleh che'gu zan. Bukan pandangan yang serong tp che'guzan akan memandang secara serong 45 darjah.

Fikir punya fikir, lalu gua memilih Opsyen B. Biarlah gua x pandai add math, yg penting gua ikhlas dan suci utk mengekalkan persahabatan dgn meorsepul.

Lalu che'gu pun mengambil semula bekas cekodok tersebut dan bermulalah kisah gua yang tak berapa ngam dengan che'gu zan. Semuanya kerna meorsepul.

Tapi gua x menyesal. Gua sayang kawan gua. Bukan che'gu zan dan cekodoknya.

fakta:-
sehingga kini gua masih tertanya2 kenapa che'gu zan sangat berminat dengan meorsepul.
ada sesapa tau??

rosli mat jesus

kisah 1

rival amak (rujuk entry terdahulu untuk kenal sape amak) dalam lumba lari adalah rosli mat isa dan panggilan manjanya rosli lalat dek kerna muka penuh taik lalat macam syarifah aini.

*********************************************************************
kisah 2

ada buku keagamaan yang disyaki dicuri dari perpustakaan sekolah dok cantik atas meja gua kat bilik prep.

tajuk buku itu: ISA AL - MASIH

o.k, bakat gua menerbitkan buku memang terpancar sejak zaman sekolah lagi. gua ubah tajuk buku tu jadi.

ISA MASIH TERUNA

p/s I: "celaka punye botak!" kata rosli tatkala melihat buku tersebut.

p/s II: rosli kini bertugas selaku guru.

Sunday, July 18, 2010

cikgu aso

selaku guru bahasa, selain daripada memperbetulkan penggunaan ayat, mereka juga dapat mengenalpasti cara tulisan dengan identiti seseorang dengan baik. selain daripada tulisan di dalam buku, maka tulisan-tulisan lain tidak terkecuali termasuklah di dinding, pintu tandas mahupun pintu koperasi asrama.
maka alkisahnya seorang guru bahasa melayu cum warden asrama ketika itu, en Ashaari Omar (aso) telah melawat asrama dan matanya tertancap pada pintu koperasi asrama:

'zan was here'

setelah mengamati tulisan tersebut beliau memutuskan bahawa tulisan tersbut milik pelajarnya ayan.kebetulan pula ayan berada di kawasan berhampiran lalu dipanggilnya.

azhan, ni tulisan kamu kan?

ayan pun dengan muka seriusnya - tak cikgu, bukan saya yang tulis.

walhal semua orang tau tulisan tu milik ayan.x payah susahkan CSI siasat

lalu Aso mengerutkan dahi & beredar dengan anggapan sememangnya zan telah menulis pada pintu koperasinya sendiri.

fakta:
1.zan yang disebutkan adalah guru koperasi asrama
2.ayan adalah ahli koperasi asrama
3.koperasi asrama mmg best sebab kita boleh makan snek tanpa perlu bayar dulu ataupun buat2 lupa nak bayar.

wallahua'lam.

Thursday, July 15, 2010

selamat hari jadi


arini besday fadzlin. gua harap ayan dah wish "hepi besday" kat dia.

ayan, walaupun lu dah terkantoi dengan statement palsu "aku penah kapel ngan fadzlin ni dulu", janganlah jadikan ini salah satu alasan untuk lu tak wish "hepi besday" kat dia.

tak lupe juga peroz firdaus. kat dinding rumah mak teh fadzlin ada gambar lu, mustahil lu lupe besday dia, ye tak?

p/s: jangan tersilap, sebelah fadzlin tu bukan pelakon, tu laki dia.

Wednesday, July 14, 2010

al-Fatihah....


Sehari suntuk aku mencari grup ni...aku kah yang tak jumpa..atau memang dah tiada lg dalam dunia...
sehingga satu tempoh masa yang panjang...aku yakin dan pasni..ia tiada lg di dunia....

buat kawn2 yang belum sedar....laman ni suadah meninggalkan dunia yang fana ini.....



..................................................
p/s :...aper sudah jadi????hehee

Monday, July 12, 2010

TEKA SIAPA SAHABAT KOME?

Gua malas nak paparkan teka teke teki dalam adakah anda lebih pandai dari budak darjah 6, sbb teka teke teki ni just utk klan2 gua dari azlan dan especially batch SPM99.

Soalan kacang je:
Cuba teka siapakah orangnya berdasarkan kata-kata hikmat yang dinyatakan? Semua orang yg dinyatakan adalah terdiri dari budak Azlan SPM99...


1) "No Woman, No Cry, No Son of a Gun N Roses"

2) "What's Up Doc, what's up rabbit?"

3) "Smiles cost nothing especially when they see you korek idung and celet di tingkap masjid"

4) "Sesungguhnya belut itu lebih licin drpd minyak, dan minyak itu lebih mahal dari belut"

5) "Dalam menghadapi realiti kehidupan sikap mengorek taik idung dan celet merata hendaklah dijauhi"

6) "Style, Quality, Excellent, FLY is the best"

7) "I'm the transcendent coz I fire loudest bomb inside the masjid (in front Ust. Zahidan)"

8) "Jangan pandang pada nama, pandang pada orangnya, rakus atau sebaliknya"

9) "Just say you cannot get seluarpendiks!!!"

10) "Kaiyuh Baimbai matlamat cita-cita kami, motor Jaguh tunggangan kami!!!"

11) "Jadilah Orang Yang Sejati, jangan asik tiru the Matrix"

12) "Kalau takut dilambung ombak, jangan selalu makan roti inti kacang!!"

13) "Sesungguhnya mereka yang dipressure tidak dapat mengelak, kecuali mereka sendiri mengubahnya"

14) "Be good or be gone, always check your zip or give me outing!!!"

15) "Terimalah roti canai, kamu pasti berkata, tepi...tepi...tepiiiiiii...!!!"

16) "Marilah kita jadi imam yang baik, jangan lupa jadi pelawak yg loyar buruk"

17) "Ijtahid walaa taksil!!! Jangan berhenti sebelum cramp!!!"

18) "No more Mr Nice Ass or Mr Toyol Berdagu Panjang!!!"

19) "Pandangan hati itu hakiki jika bersih, pandangan mata kabur & blur bila terperosok dalam longkang depan sekolah"

 p/s: Rujukan utama: An-Naqib Edisi 1999.
       Soalan akan di update dari masa ke semasa (bergantung kepada kemahuan penulis).

THE PUNISHMENT...PART 2

(Sori la dah lame sangat la gua takde tulis dalam blog feveret gua tiap2 ari ni. sebelum mula ngajor mesti tgk blog ni dulu kalu ade citer2 sensasi bin air sarsi yg terbaru...tapi nampaknye semua penulis bz jugak, masih kurang citer2 yg sesedap kuah tocu panas)

Selain dari hukuman2 feveret seperti yg telah dikesahkan dalam The Punishment 1 yg lalu, ade jugak hukuman yg tak baper feveret tetapi tetap menarik hati dan membuatkan ramai orang ketawa dan mengundang ramai penonton untuk menyaksikan hukuman tersebut. Antaranya:

1) Guling: dimana pesalah yang menerima hukuman akan berbaring secara terlentang flat terlebih dahulu dan kemudian akan berguling ke arah kiri atau kanan mengikut arahan penjatuh hukuman. tapi yg gunakan hukuman ni biasakla, dah nama hukuman ala tentera, sape lagi kalu bukan Ustat Mustapa.

Pesalah:
Nadim dan Berron (lagi...) Mereka ini pernah dijatuhi hukuman guling atas kesalahan amende tah gua pon dah lupa. Masa tu mereka berdua dan ramai lagi (kira-kira 7-8 orang) telah disuruh untuk berguling disekeliling gelanggang badminton secara berjemaah. Masa tu Nadim sendiri nyaris nak tergolek masuk longkang sebab tak tengok angle masa nak guling tu hehehehe...Harus diingat Berron juga pernah menjalani hukuman yg sama di belakang Aspura kerana kantoi tak turun semayang subuh kat masjid. Masa tu Berron dan yg lain2 kena berguling atas tanah pure punya, sebijik macam prebet kena training.

2) Main tengah2 malam kat gelanggang badminton: Bagi mereka yang kantoi main dalam dorm dengan Ustat Mustapa (lagi...) mesti akan menerima hukuman ni. Biasanya mereka akan mempersembahkan permainan mereka dengan aksi yg menarik sambil disaksikan oleh seluruh warga Aspura sambil menerima sorakan berupa sokongan padu dari penonton semua.

Pesalah:
Meow dan Wahab:
Kantoi main bola stokin dalam dorm (Zaid kalu tak silap...) lalu kena main kat bawah dengan lawan mereka iaitu Ca'un dgn Yale. Perlawanan tersebut menyaksikan Meow dan Wahab tewas kepada lawan mereka.

Penulis dan Man Bote:
Kantoi main hoki dalam dorm (yg mana tak ingat la...) lalu kena main hoki passing sebanyak 10 kali sambil skali lagi disaksikan ramai penonton dari setiap floor (hampeh betoi...).

Kesimpulannye, janganlah kite melanggor peraturan skolah kite. peraturan tu sesungguhnye direkacipta untuk menjadikan kite ni seorang pelajor yg skema yang berwibawa dan yang bertamadun asia.

Sunday, July 11, 2010

Gathering Berbuka Puasa


Macam biasa tahun ni, program bebuka puasa di Tupai Tupai.

Maklumat bebuka puasa gua cadangkan seperti di bawah:

Tempat : Tupai Tupai

Masa : Waktu berbuka puasa la, datang awal sikit.

Tarikh : nanti konfem, tapi kita cuba buat Sabtu kedua puasa.

*Sebelum nuzul Quran, sebab 17 ramadhan ni ada cuti straight 3 hari.

Bayaran : Dalam rm40 sekepala. Simpan duit dari sekarang, jangan bagi alasan bukan bukan nanti.

Gua harap kedatangan tahun ni lagi ramai dari kedatangan tahun lepas. yang dah berkahwin tu, bagi la keutamaan kepada majlis berbuka puasa ni, takpayah la plan nak balik kampung atau menghadiri program berbuka puasa di surau pulak. balik kampung Sabtu pertama tu kasi setel.

Ramai duduk area KL, jadi takde masalah nak datang. Gua yang duduk Tg Malim pun boleh datang. Kali ni gua jadi moderator no hal.

Tema berbuka puasa kali ni?,
Hah lu orang tolong pikirkan...

Friday, July 9, 2010

kisah edzuan omar

o.k, gua just nak bagitau, edzuan omar dah ada fesbuk.

o.k lagi, gua pun nak bagitau kat fairuz ahmad (kot2 masih idup), edzuan omar dah kawen.

sila lah add beliau. gua takut nanti dia sunyi macam amak. bantulah fesbuk beliau untuk idup lebih lama, tak macam frenster dia..

kisah mohd azhar junuh


semenjak 2 menjak ni, amak a.k.a azhar junuh a.k.a pelari pecut "ana cramp" selalu berhubung ngan gua melalui fesbuk chat. gua syak dia tengah boring kat sekolah takpun dia tengah sunyi.

kalo anta semua ketagih nak cakap "ana-anta", lu orang bleh borak2 ngan amak. gila tak berubah dari zaman sekolah.

bantulah amak menangani kesunyian dia. add fesbuk amak: mohd azhar junuh

p/s: apa2 pun gua kagumi semangat amak nak berborak gak dia ngan gua walaupun time sekolah dulu gua takde langsung kenangan manis dengan dia. nak harap orang lain? fak!

Wednesday, July 7, 2010

panggilan untuk ijok, meor dan gondol. selama ni ayan bakodin tipu kita.

Fadzlin said...

haih,xtaula nk kata apa.dh berbuih kot mulut ni explen..perpume tu xpernah ku dpt..setau sy&sepjg ingtn sy,only Meor Ahmad Denyal d one yg pernah bg surat wangi&calling2 wif me.ayan mmg xde..kalo dia ada tggl bwh meja pon,mybe org lain dh amik dulu..

celaka punye ayan. selama ni statement, "aku pernah kapel ngan fadzlin ni dulu" yang ayan keluarkan rupa2nya adalah dusta semata-mata.