Monday, March 29, 2010

amboi amboi amboi pidomat....


buku di atas ni, kawan kami yang tulis. bukan budak sekolah azlan. tapi sekolah bini azlan. sekolah bainun. boleh baca blog penulis buku tu di sini.

perhatikan gambar awek tu. cantik bukan? untuk pengetahuan semua, pidomat adalah antara orang terawal beli buku ni. mula2 gua ingatkan pidomat ni jenis suke baca novel2 cinta. tapi gua tak penah pulak tengok dia penah pegang buku ahadiat akashah time sekolah2 dulu. pelik bukan?

rupenya2... gambar bawah ni menerangkan segalanya.. bawah ni fesbuk awek kulit buku di atas. lu orang tengok petak merah yang gua highlite kan tu. lu orang kenal bukan? boleh tahan gatal gak si pidomat ni ek?

ila mane ila?

Sunday, March 28, 2010

sharifah khasif fadzilah yang menjadi pujaan hati semua mak2 kat malaysia tapi tidak di hati gua..

gua kena buang dari jadi member fanpage page ni.. perhatikan petak merah tu? gua ada komen, "are you sure?" disebabkan komen gua yang jujur tu, gua di buang. gua tengok komen yakuza beremosi pun da kena buang..

so, macam mana nak kira ni yakuza ayan?

p/s: kalo gua tulis lebih2 kang jadi ghibah plak.. tak gitu meor?

Wednesday, March 24, 2010

Akademi Fantasial

Aku rase lepas ni produksi AF kena tambah syarat baru pade sape2 yang ade hati jadi peserta AF.

Sebaik-baik nye bentuk badan perlu slim dan slender.

Kalau rase2 badan tu gemok, lemak bersepah sini sane, baik x yah masuk AF, simpan je hasrat tu jauh2 dalam hati, tak pon masuk pertandingan lain, The Biggest Loser misal nye, x pun Imam Muda, sebab tok imam banyak gak yang gemok2, sebab kompom korang x kan jadi juare AF walaupun bakat korang dah same level dengan Justin Timberlake ataupun Beyonce.

Bior suare macam itik serati, janji muke market, x pon kuat nangis, kompom ade orang sapot nye kn??? Huhu!

Errr, aku syor kan pada mereka yang ade masalah obesiti tapi gile glamer , cube try test masuk The Biggest Loser Asia season-2. Kalau menang, glamer satu Asia bai. Lagi glamer dari menang AF kot.

p/s Jangan ingat aku sapot dak AF yang t'kluo tu lak. Aku just terase skit2 je siot...Hehe!

Monday, March 22, 2010

liverpool takkan jalan sorang-sorang..

ijok.

korap <- spesial kes walaupun orang luar.

maaf.

park tak sengaja.

sungguh!

p/s: celaka ayan! pegi old traford tak ajak gua! (kalian boleh nampak ayan, belakang park, pakai jersi man u.)

Friday, March 19, 2010

Mari Belajo Agame - Ghibah & Buhtan

Kali ni aku nak menyentuh skit berkaitan ilmu akhirat lak. Asyik ulas pasal sukan pon bukan nye Shabery Cheek nak komen balik pon pe yang aku ulas. Sekali-sekala rohani pon kena kasi santap. Baru iman jadi mantap. Tak gitu?

Kelas agama kali ni kita akan belajo pasal Ghibah dan Buhtan.

Mari kita ikuti perbualan antara Baginda Rasulullah S.A.W dengan seorang sahabat baginda.


Sahabat baginda : "Wahai Rasulullah, apakah itu Ghibah?"

Rasulullah S.A.W : "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya."

Sahabat baginda : "Bagaimana sekiranya apa yang dikatakan itu benar?"

Rasulullah S.A.W : "Kalau sekiranya benar, maka itulah Ghibah, tetapi jika sekiranya itu tidak benar, maka engkau telah melakukan Buhtan (pembohongan besar)."

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)


Ingin ditekankan juga di sini, orang yang mendengar ucapan Ghibah pun akan memikul dosa Ghibah, kecuali orang itu mengingkarinya dengan lidah atau menerimanya dengan hati. Oleh itu, jika ada kesempatan, orang yang mendengar Ghibah perlu mengalihkan bicara kepada yang lebih bermanfaat.

Ok, fahim tum?

Riwayat Muslim juga ada menyatakan bahwa " Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."

Haa, takut tak?

Disamping itu perlu juga diingatkan bahawa Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi melalui pergerakan atau isyarat dan juga melalui TULISAN.

Perlu juga kita ingat di sini bahwa Islam mengharamkan dan melarang Ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, keaiban dan kehinaan pada orang lain.

Ok, fahim tum?


Wokeh, dah cukup. Gi sambung layan fesbuk balik. Aku nak rilek2 jap. Sok nak pekena 'koala panggang' kat Pekan Manong lak.

p/s ~ Aku harap dak2 Azlan yang akan turun riot kat Pekan Manong sok hari take notice. Jangan cepat terpengaruh dengan dakyah2 yang berniat jahat. Huhu!

p/ss~ Mesti ade dak tu kat belakang2 kate aku poyo. Haa, Ghibah tu!!!

darkside of meor

semakin lama gua lepak ngan meor, semakin terbongkar rahsia yang cuba meor sembunyikan.

dulu ayan bagitau kisah meor dan rangkulan di cherating, meor tak penah bagitau gua pun cerita tu, asyik2 dia dok cerita kisah gondol, ijok dan longo je, kisah dia haram tak bukak. tq ayan!

semalam, ayet badger pulak bukak kisah meor di butik badger. meor senyum je tanpa penafian. betullah tu. tq ayet!

sape2 nak tau ape rahsia meor ni, besok kita lepak kat kenduri kawen gondol kita borak.

Thursday, March 18, 2010

kisah sebatang sneakers

semalam meor bagi gua sneakers.

ayatnya begini.

"amiklah, aku bukan nak makan sangat."

sebentar tadi, dia bukak sneakers yang dia bagi kat gua semlam, pastu terus makan.

gua cakap,

"amiklah semua. ko da bagi kat aku, pastu ko makan. serupa tak payah bagi.."

pastu meor cakap gua merajuk taknak makan sneakers tu.

gua merajuk ke dia yang pelahap plus buruk siku?

sama kita renungkan dan selamat beramal..

Wednesday, March 17, 2010

Tuesday, March 16, 2010

Bulu Tangkis

Semenjak ade jenglot memberi komen atau lebih tepat serkap jarang terhadap entri2 bola yang aku buat, aku dah berase kurang enak untuk menyentuh perkara2 dalam persektif bola sepak. Nak tukar angin plak. Baru nampak macam orang berilmu skit. Tak gitu?

Lagipun due tige hari ni jenuh orang dok bercerite pasal sukan bulu tangkis atau nama saintifik nya badminton. Dari budak2 sekolah, abang2 polis, akak2 kerani, pak-cik2 jaga, mak-cik2 cleaner, sampai ke pekerja kontrak warge asing, semue dok heboh pasal badminton. Tu belom kire kat tibi, paper, blog, fesbuk, myspace, frenster, u-tube, YM, MiRC, KLCC malah sampai ke PWTC, semue dok pung pang bersembang pasal badminton.

Ermm, setelah 7 tahun menunggu, yang mane kali terakhir nya ia dimenangi oleh anak Pak Hashim, berakhirlah sebuah penantian yang tak berape panjang gak la, bile mane Lee Chong Wei (27) yakni pemain badminton perseorangan No.1 Malaysia cum pemain single ranking No.1 dunia berjaya meng'ayam'kan budak dari Jepun, Kenichi Tago (20) yang kini baru dok kat ranking No.20 dunia. Baru umor 20 tu bai dah main final All-England. Aku dulu umor 20 dok main kude kat kedai snooker.

Dalam orang dok sebok bercerita pasal Chong Wei, aku nak cite skit la pasal dak Kenichi nih serbe sedikit, kot2 la korang nak tau. Bapak dak Kenichi ni pon dulu kaki main bulu tangkis gak, tapi main double. Yang sempoinye, bapak die dulu pon penah gak sampai ke final All-England, pon kalah gak. Kali terakhir orang Jepun sukses masuk final All-England, 47 tahun lepas, sepanjang 100 tahun edisi kejohanan All-England, sekor pon tak penah merase ape2 title, so bayangkan la kalu dak Kenichi ni menang dengan Chong Wei hari tu, perghh, mau maharaja Jepun bagi cuti sehari. Kalau dulu anak Pak Hashim menang, dapat kete Waja sebijik, tapi kalau dak Kenichi ni menang, mau dapat kilang kete sebijik. Ah! Cukup cite pasal dak Kenichi, lagipon aku hangin sebenarnye. Tak termakbul harapan aku nak tengok Chong Wei dengan Lin Dan berentap kat final. Tapi Lin Dan pon dah level cap ayam skang nak wat cam ne. Ingatkan power sangat. Iye idok?

Cite pasal orang kalah dah abis. Ni nak cite pasal orang menang plak. Nak cite panjang lebor pon tak gune. Aku pun bukan rajin sangat nak menaip panjang-panjang. Ok, ni ade serba sedikit fakta-auta pasal Lee Chong Wei.

  • Chong Wei same tinggi dengan Adolf Hitler. Tak caye? Cari sendri, korang pandai kan.
  • Dulu mase kecik minat main basketbol, tapi mak die tak kasi main sebab gelanggang basketbol kat umah die tak ade bumbung, mak die tak bagi die kena panas takut nanti sunburn.
  • Stat main bulu tangkis umor 11 tahun. Bapak die yang gatal2 dok ajak. Lagipun tu je sukan yang mak die kasi green light sebab main dalam dewan, tak kena panas. Kena pulak zaman tu futsal tak up lagi. Kalau tak aku rase Chong Wei dah jadi player futsal Malaysia dah. Kalau tul jadi, musti die nyesal. Nak dapat title dato?! Jangan mimpi la. Huhu!
  • Chong Wei tak de akaun fesbuk. Yang ade tu semua akaun fake. Tak caye? Korang cek la sendri.
  • Hobi mase lapang Chong Wei mancing ikan, bukan awek. Tapi lebih kepada mancing ikan fresh water. Penah try nak gi mancing laut dalam, tapi mak die sempat halang. Sebab pe? Cam biase, takut sunburn.
Wokeh. Dah cukup. Cite lebih2 pon tak gune, bukan nye Chong Wei nak blanje aku minum pon.

Errr, pe2 pon time kasih Chong Wei sebab bagi aku feel skit jadi orang Malaysia. Harap2 kamu tak jadi macam anak Pak Hashim, dah jadi champ, pastu jadi damn.


ehmm, kalau pakai baju cam ni lepak town stail tak?

Saturday, March 13, 2010

sentuhan pertama

peeerrkkhhh..tajuk ala2 cam meor nak start 1st time menulis karangan ayat2 cinta..kahkaah...haakkkkttuii....
terima kasih la bro2 semua yang jemput aku masuk berkongsi karya dlam blog yang hampir akan dimonopoli oleh orng yang sama seperti grup facebook azlan....haa

pada aku tu semua tak penting, bak kater botak.."ader kita peduli..janji...kita tak kaco orng...

oklah tu..mukadimah di malam sentuhan pertma.....salam mesra, salam muhibah, salam ukwah...peace...:)

cun dulu bukan bermaksud cun selama-lamanya..

gua sangat pelik, budak2 pompuan sekolah azlan yang konon2 cun time sekolah dulu kenapa skang da takleh menjaga keterampilan diri.

agaknya pompuan kalo da kawen memang tak pandai badan ek?

gua tengok pun tak stim.

sian laki dorang.

lagi satu, kalo dulu bukan main memilih, nak pakwe yang bergaya. pakai baju bergosok, seluar sekolah stok sterika nampak line, kasut itam kilat dan juga berjawatan tinggi. ah! tapi bab berjawatan tinggi takleh guna gak hujah tu coz pidomat jawatan paling tinggi (ketua umum) pun tak pernah ada makwe time sekolah dulu. tapi bila gua tengok suami dorang, takde pun rambut berkilat letak minyak rambut? takdepun pakai kasut itam berkilat. takde pun baju bergosok. sume stok selekeh macam gua dulu2 je? tapi takleh nak salahkan jugak kalo gua skang ni da segak bergaya. keh keh keh! gua tau mesti ramai hangin baca entry ni.

tak semua. ada jugak yang laki dorang segak bergaya. pandai dorang jaga suami. yang gua maksudkan segelintir di ulang segelintir minah2 sekolah azlan yang berlagak tak tentu pasal time sekolah dulu.. jangan sume nak terasa ati..

o.klah, gua pun tak tau nape gua menulis macam setan. fakta takde, kesimpulan macam gampang. nasib baik spm dulu gua dapat A. tu pun sebab gua amik tuisyen. o.klah sebelum gua merepek lebih lanjut, gua sudahi dengan serangkap pantun.

kita idup bergurau senda
bila mati tak pakai spender

p/s: dalam soal stim, ayan dikecualikan..

Friday, March 12, 2010

Keseronokan Berganda

Bukan selalu nak dapat seronok lebih-lebih cam ni. Kalau cari kat mane-mane tempat pun memang kompom tak dapat. Tak payah nak terloncat sana-sini. Tak payah nak teguk, telan itu ini. Cukup sekadar rase puas dalam hati. Puas yang teramat sangat. Klimaks tahap bangsat.

Hah! Malas la aku nak mengomel panjang. Hanya carut-carutan saja yang boleh menggambarkan keseronokan dan kepuasan hati aku.

*
*
*
*
*
*
*


reaksi terkejut pengurus pasukan cap ayam

Perangai memang macam kimak. Dah kalah lagi mau cakap beso. Sudah nyanyok mungkin atau pun sudah lupa. Europa League la brother!!! Europa!!!

Errr, harap-harap setan merah tak wat hal mase lawan The Cottagers sabtu nih.

Thursday, March 11, 2010

F**K You All


Gua tak boleh nak up Youtube tak tahu kenapa.

Bubuh link pun membara juga ni..



Menuju Puncak

Memandangkan musim baru AF dah nak mule, aku terpanggil nak wat review skit sebelum 'event of the year' tuh stat bukak tirai.

Huh!!! Gile pe. Aku belom hilang akal lagi la nak berfantasi pasal AF. Tak terbalas rase nye jase bijik mate aku menahan pujuk rayu bantal dan tilam. Tu belom kire batin aku terseksa sebab terpakse layan bola live secara online. Dah macam layan cd porn penuh calar balar.

Bile semalam aku tengok dak-dak sekolah Arsenal lanyak brother2 Porto FC, memang wat aku kagum. Tapi aku rase kehangatan cite semalam tak tahan lame pon. Hangat2 taik hanjeng je. Lagi pun aku rase Porto FC dengan Proton FC lebih kurang level je. Patut pun dak2 hingusan Arsene senang2 je makan.

Khas untuk brother Leonardo, terima la hakikat yang hanya ada satu je Pep Guardiola dalam dunia ni. Jangan nak mimpi la kamu dapat folo angin brother Pep tuh. Gi belajo balik kat sekolah jurulatih, sambil2 tu amik kelas tuisyen dengan Pak Cik Fergie. Bak kate orang2 Bote "Learn from the Best".

Untuk brother Beckham, mungkin malam ini bukan malam kamu. Cite 7 tahun lepas tu tak payah la pendam2 lagi. Mungkin bekas luka di hati masih ada walaupun bekas luka di dahi dah lame ilang. Kalau ajak Pak Cik Fergie karok ke, ciom molot lebih kurang, musti boleh setel nye. Yang brother Van Der Sar pun satu, tak payah la tunjuk hero sangat. Bagi la sebijik gol kat brother Beckham. Buat kenangan sebelum mati. Bukan nye luak pun. Ye tak?

Hah, ni lagi satu. Brother Rooney yang disayangi. Aku dah cuak dah bile bace Berita Harian kabo yang lutut kamu stil meragam. Tapi aku terlupe lak yang paper dalam M'sia ni memang tak de keje lain, menipu orang je keje nye. Agak cuak gak la bile mengenangkan Babitov mahu ambil tempat kamu. Sempat jugak la aku sms dukun Semeon Kampung Changkat Jering mintak tolong jampi kan lutut kamu dari jauh. Tak sangke plak die tolong jampi kan kepale Shrek kamu tu skali. Nampak benor sekarang ni kamu lapo gol. Elok la tu, dari kamu lapo pompuan cam dulu-dulu. Lepaih ni skor lagi banyak2 ye. Skor yob skor!


Hah, keterujaan aku masih belom padam. Tapi kalau di layan kan jugak, nyawa sendiri yang boleh padam.

Errr, agak-agak nye Ronaldo mesti tengah menangis mase aku dok sebok2 menaip nih.
Ade aku kesah??? Padan muke!!!


Hang kata hang tera!!! Piii rahhh!!!


p/s Aku harap Fanatik Manu dari Tanjung Malim, membawak ke Ipoh, sampai ke Jepun boleh bagi review cantek2 skit. Tu pun kalau sudi. Huhu!

Meo....meo...


Lu orang sabar sikit boleh tak?,

errr..maksud ana..'antum boleh sabar sikit tak?'

Wednesday, March 10, 2010

azhan.. azhan..

ini dia YAKUZA BEREMOSI!

Insomnia Mania

Aku jarang-jarang kena penyakit tak leh tido malam cam gini. Selalunya penyakit ni selalu mampir kalau aku tengah kusut pale tahap cipan, tak pon sebab perot aku meragam mintak isi.

Tapi malam tadi penyakit ni hinggap atas sebab musabab yang agak rare la yang boleh aku kategorikan. Korang penah rase tak tiap kali nak lelap mate tibe2 korg tergelak sorg2 dalam gelap sambil mate terpejam. Masaelah ni datang pon atas sebab yang simple je. Tapi entah ngape aku tak leh nak handle bende alah ni malam tadi mase aku nak lena.

Sebab kan due perkataan je beb!



YAKUZA BEREMOSI!!!




Mengapa ayan??? Mengapa hari ini tidak hari esok???

Kalau rase mate tak leh nak lena gak, try layan lagu nih. Insyaallah, ngantok, mesti mari!!!



p/s Ingat ayan je leh letak lagu, aku pon boleh la.

aku mau berbelog juga

Pertama kali aku baru nak blaja tulis blog...

Dulu melayan cinta dengan blogger, skang berminat nak buat ayat untuk blog pulak.

Ntah,tiba-tiba hilang idea nak tulis tadi..

Takper, meh layan lagu Travis-Love Will Come Through dulu..

Idea datang, baru ader nukilan dari yakuza ea..

dialog celaka antara meor saiful niza dan azhan bahakodin

meor: apa kamu nak letak display name kamu kat blog ni?

ayan: nukilan yakuza, takpun yakuza beremosi.

macam gampang!

aku dalam kekeliruan (bukan kekeliruan gua)

Serius aku tak tahu menatang pe aku nak selit dalam blog ni. Atas dasar kasih sayang dan chenta yang tak berbelah bagi terhadap kengkawan aku, aku ikutkan aje.

Kawan aku konfes tadi die blogging sebab nak femes. Tapi hati aku keras, tak lembut macam die. Cepat terhasut godaan duniawi. Apa ada pada nama? Tak gitu?

Omak ai! Keliru sungguh aku.

p/s : Amacam, kool tak 1 st entri aku? Ghupe hawo kan???

rahmat haron?

gua da add sume budak2 sekolah azlan untuk menulis kat blog ni.

meor: ko da add belum ayan?

ayan: ape? add rahmat haron ke?

babi!

ini rahmat haron! dia bukan budak sekolah azlan.

patutnya ini mukadimahnya!

selapas dikerah oleh meor dan pidomat, gua pun membuka blog ni.

yelah! nak bagi can kat member2 gua budak sekolah azlan ada blog dorang.

kalo nak wat blog sendiri, memang nanti2 bersawang la. sekor2 pesen hangat2 taik babi

semua budak sekolah azlan boleh menulis kat sini.

and meor baru cakap tadi.

"yey! yey! mokmok dah ada blog!"

p/s: mokmok adalah panggilan x-gf ayan padanya. konon kiut la tu! macam gampang!

gondol akhirnya dibenarkan kawen..

ini benda rare!

takkan jumpa kat tempat lain.

p/s: lu orang jangan bagi alasan2 hanjing taknak pegi kenduri gondol nih!