Monday, November 8, 2010

MEOWLESTIK THE LEGEND...

MASA: sekitar tahun 1995
TEMPAT: masjid at-tarbiyah SMKASAS

Disatu malam, ketika berlangsungnya sesi kuliah subuh untuk pelajar2 form 1 dengan penceramahnya Y.Bhg. Al-Fadhil Ust Zahidan Abd Wahab. Tajuk kuliah, tah la gua pun dh tak ingat (lama sangat beb...) Ustat Zahidan biasak la...gaya ceramah yg amat memberi keyakinan dan membuka minda pelajarnya yg semuanya dahagakan ilmu pengetahuan.

Sedang Ust Zahidan rancak memberikan ceramah yang sekali-sekala diselang-selikan dengan buat kelakar, yg mengasyikkan semua pelajar mendengar ceramah beliau, yg mana mulanya ramai yg mengantuk kini kembali segar walaupun belom mandi lagi, tiba2..............

"DDUUUMMMMMMMMMMMMMMM..............................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Sekonyong-konyong kedengaran satu dentuman kuat dari tengah masjid, umpama bunyi otomic bomb yg jatuh kat hiroshima, mungkin juga halilintar peringkat tujuh yg membelah bumi...yang mana telah mengejutkan semua pelajar form 1 kat situ. masing2 tercari2 apakah sebenarnya bunyi tersebut dan dari manakah puncanya. ada jugak yg kerisauan, takut2 ada bahagian bumbung masjid yg nk runtuh. ada jugak yg perati keliling ruang solat kot ada rak yg tumbang, maka boleh la amik kesempatan jadik hero skjp.tapi semua jangkaan dan sangkaan tu meleset sama sekali, kerana takde mende pon yg terjadi lantas menafikan setiap satu tekaan mereka. jadi segenap pelusuk ruang kepala terhambur dgn satu pertanyaan...

"Bunyi amende tu.......???"... masing2 dah tertanya2 sesama sendiri.

Ada dikalangan pelajar menumpukan semula kepada Al-Fadhil Ust Zahidan, tengokkan reaksi beliau menghadapi situasi yg agak mencemaskan dan misteri itu. Malah ade yg mula merapat sedikit demi sedikit ke arah beliau, takut jadi ape2 maka adalah tempat nk tumpang berlindung, maklum la dok asrama mak bapak jauh maka warden la jadik mangsa. Namun Al-Fadhil Ust Zahidan sebagai seorang guru berpengalaman luas, lantas merenung direct ke arah seorang pelajar yg sedang terkial2 membetulkan kedudukannya. Firasat beliau sebagai warden veteran memang tepat sekali, bahawa bunyi dentuman misteri tersebut berpunca dari pelajar itu. Reaksi spontan dan cara membetulkan kedudukan itu juga sekaligus telah memberikan jawapan yg tepat tentang ape sebenarnye yg berdentum sehingga bisa menggegarkan seluruh ruang masjid tadi. lantas dengan tenang beliau merenung direct kepada pelajar tersebut, sambil bertanya sekaligus meneka....

"Ya Allah...Meor, dah lama sangat ke tahan tu........"

Lantas semua mata tertumpu ke arah pelajar yg bernama Meor tu, yg mana pada ketika itu pelajar tersebut buat muka tak bersalah je. pelajar yg bernama Meor tersebut masih kelihatan sedang membetulkan kedudukannya, mungkin cuba cover sesuatu agar takde sape yg tau. namun cubaan cover beliau rupanya tidak berhasil kerana Ustat Zahidan lebih dulu makan garam darinya, maka kantoi la jugak ape yg cuba disembunyikan itu.

Perlahan2 dan sedikit demi sedikit ketawa tersembur2 dari pelajar2 form 1 pada ketika itu. masing2 dah tau ape sebenarnye dentuman kuat tadi yg berpunca dari si Meor dan ape benda sebenarnye dentuman tersebut. Sampai seluruh masjid gegak gempita sebentar dgn riuh rendah pelajar ketawa. punca dentuman tersebut adalah pengumpulan segenap angin dari setiap inci ruang dalam tubuh badan si meor tadi, lantas terkumpul dan diperam agak lama dalam perut, sehingga ke satu tahap ruang perut sudah terlalu penuh, lantas dilepaskan dgn cara yg paling ganas skali, ganas tahap brutal dewata raya, menghasilkan bunyi dentuman yg mampu menyaingi letusan gunung merapi. saintis berpendapat sekiranya diukur dgn skala Richter mampu menghasilkan bacaan sekitar 2-3 unit. Bunyi yg mungkin tak dapat dilupakan oleh semua pelajar yg menjadi mangsa keadaan pada ketika itu tapi masing2 ketawa tak ingat dunia walaupun depan Ustat Zahidan, yg turut tersipu2 tahan ketawa.

Bunyi legenda tersebut juga tak dapat dilupakan oleh penulis, yg mana penulis pon tak dpt tahan gelak masa tulis entry ni......HAHAHAHAHAHA sori bdr meor aku mmg takleh thn gelak la tringatkn kesah tragis hang tu...

al fatihah untuk mak muzamir

gua aritu terperasan benda ni kat newsfeed facebook gua. gua dapat rasa apa yang muzamir rasa sebab mak bapak gua pun penah pegi mekah.

then, pagi tadi gua dapat sms dari paeh parit bagitau mak muzamir meninggal dunia di mekah. terus gua rasa sayu.

tapi jangan risau muzamir. gua rasa mak lu dah cukup hepi tengok lu jadi cekgu. gua pun bangga sebenarnya, dari seekor skin head, lu bleh jadi cekgu. gua yang macam pukimak ni pun boleh bangga, gua rasa mak lu sejuta kali lebih bangga.

gua ada satu je kenangan ngan mak muzamir. time kitorang buat le tour de raya 3 taun lepas, mak dia masak mee hailam, sket punya sedap dan mak dia sangat ramah. raya lepas pun gua still cakap kat muzamir yang gua nak datang umah dia makan mee mak dia masak.

kita pakat2 sedekah al-fatihah untuk mak muzamir. moga dia aman di sana.