Thursday, August 26, 2010

mereka ini kawan karib bukan jaafar jamalul karib part 2

lihat. keakraban mereka terserlah lagi.

fakta2 makwe2 sekolah menengah ni, hanya kawan2 akrab je yang amik tau betul2.

mesti dulu ed penah mintak pidomat tulis surat cinta kat nunun. pidomat kalau tulis surat memang legend.

ayat "pencacai najis" dia sampai skang gua takleh lupa.

memang klasik!

Wednesday, August 25, 2010

mereka ini kawan karib bukan jaafar jamalul karib




keakraban mereka bukan hanya di zaman sekolah.

malahan juga di laman cyber.


patut la ed kadang2 caring sangat pasal pidomat.

kisah edzuan omar : siri 2

korang perhati betul2 gambar atas ni.

perhatikan betul2 neck tie semua orang.

tie pidomat ngan apek memang berbeza coz dorang gipang. tapi korang perhatikan tie ed.

berlainan bukan? memang kaler sama ijau tapi sebenarnya tie ed tu tie orang pegi pejabat bukan tie macam budak2 rambut belah tengah lain pakai.

ketika dia pakai tie tu la, ed penah keluarkan ayat legend,

"balak nunun je boleh pakai tie camni!" (nunun merujuk pada awek ed, budak form 2 time tu.)

peh. memang legend ayat ed tu.

Thursday, August 19, 2010

Gambar Kenangan


Buka Puasa 2008 - Restoran Nelayan.

*
*
*

Buka Puasa 2010 - Seoul Graden

Gua harap boleh ambik gambar ramai ramai macam ni sekali lagi.

Monday, August 16, 2010

konsep keadilan

selamat berpuasa!

memang lama gua tak masukkan entry sebab sangatlah bz kununnye bertarawikh di mesjid padahal kul 9 malam dah membuta.

hari ni gua nak bercerita pasal konsep keadilan.

islam itu adil dan saksama.islam menekankan konsep kesamarataan.period.

namun ada kisah di asrama yang mengisahkan konsep keadilan secara berbalik.

kisah ini selalunya bermula pada malam hari, tatkala melangkaui 2 pagi. tengah rajin-rajin stadi tetiba lapa.ko-op pulak x bukak.patutnya zan buat mcm 7-E.baru laku.

maka sekonyong2nya beberapa orang makhluk dengan penuh kerahsiaan melaksanakan misi mustahil - membawa keluar bekalan makanan dari dewan makan.

misi ni x perlu ramai sangat infiltrator.2-3 orang pun dah memadai.

selalunya misi ni hanya mengambil masa dalam 20min.infiltrator ni memang dasat sebab tukang masak dewan makan ni x sedar langsung diorang ni datang.

selalunya antara makanan yang dapat dibawa keluar adalah aiskrim dan buah2an.kadang2 ayam mentah pun dapat dismuggle.kalau ikan pancing kolam asrama je.senang.

bila dah dibawa balik, memang majlis kesyukuran + doa selamat la malam tu.

gua penah bertanya kepada salah seorang infiltrator ni,

weh..kita makan ni x berdosa ke?

lalu infiltrator ni menjawab,

esok kalau dia serve makanan ni, lu jgn ambik.sebab kira lu dah makan dulu.baru adil.

betul jugak mamat ni cakap. memang kaedah berbalik macam air osmosis. gua pun dengan hati lapang menjamah apa yang ada.

tapi bila gua dah keluar azlan ni baru gua teringat,

selalunya kalau dewan makan serve ais krim, dia serve sorang satu.

tapi malam sebelumnya gua sorang je dah 3 ais krim.x kira makhluk2 lain lagi. buah tembikai serve sepotong, tapi malam tu sorang setengah bijik.

ni pun kira adil gak ke?

Friday, August 6, 2010

firdaus ahmad ketua umum kita kawen

gambar rare camni kalo tak masuk dalam blog ni memang tak berapa true la blog ni.

lu orang tengok betapa kembang bini pidomat punye tudung. pergh!

Tuesday, August 3, 2010

SUMBING...???

Kome mesti pernah dengar perkataan SUMBING kan?

Perkataan ini merujuk kepada benda2 kaca atau plastik seperti pinggan atau cawan yg ada sedikit kecacatan.
Contohnya:

"Cawan ini SUMBING." (lihat gambar dibawah)



(perhatikan betul2 terdapat sedikit bekas yg mcm terpecah sikit kat dasar cawan tu - yang dipanggil SUMBING)









###############################################


###############################################


###############################################


Namun tahukah anda SUMBING ini boleh jugak digunakan untuk menggambarkan kekurangan pada kita sebagai insan?

Kisahnya seperti biasa terjadi dalam suasana harmoni dan ceria budak2 Azlan laa..Cenggini:

Satu petang yang hening diselitkan dengan riuh rendah suara pelajar2 Azlan yg bersiap2 mandi, pegi makan malam kat dewan makan (yg jadi tempat fobia Ketua Pustakawan pada setiap pagi Khamis), dan ada juga yg dah berjalan menuju ke masjid, bersiap2 menyucikan diri sambil berwuduk, duduk dengan tertib dan senyap sambil membaca Al-Qurannul Kariim sementara menunggu masuknya waktu solat fardhu maghrib bagi jajahan bote dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. tak kurang juga ada yg berbual sesama sendiri malah ada jugak yg mengambik kesempatan utk tido sebentar (budak2 Azlan ni semuanya jenis tak cukup tido, dimana2 saja pon boleh tido).

Disudut hadapan sebelah kanan masjid adalah tempat berkumpulnya jemaah2 dari kalangan pelajar Form 4. memang setiap hari situlah tempat deme semua berkumpul. kebanyakannya cuma mengisi masa dgn bersembang antara satu sama lain. adela 4-5 kerat yg mengisi masa terluang dengan membaca Al-Quran seperti meolithic, lucadeketiak, padilazim dan Ketua Pustakawan sendiri. tak kurang ade jugak yg keluar masuk kat pintu kiri tu, tah apekebendanye yg diorg carik, ataupon sengaja keluar masuk nk tgk sandal diorg takut kena kapok.

Sambil ramai yg keluar masuk tu, ada 2 org insan yg sedang bertelingkah kecil sesama sendiri, iaitu Wahab dan Sabri Sidik. Halnya kecik aje, Wahab suruh Sabri Sidik pegi azan sebab dah nk masuk waktu tapi Sabri Sidik menolak.

"Wei Sabri, pegi la azan cepat, dah nak masuk waktu dah ni," gesa Wahab.

"Taknak la aku..." Sabri Sidik terus menolak gesaan Wahab.

"Eh, cepat la, semua student baru kena ambik turn azan tau..." jelas Wahab lagi sambil menggesa sekaligus memancing. Kebetulan Sabri Sidik memang dari senarai murid baru (daftar masuk Form 4)

"Ala ramai lagi yg belom azan la..." Sabri Sidik masih tak mau mengalah.

"Wei hang sorang lagi je tak azan tau, Kurut, Anas semua dah sudah..." Wahab mengukuhkan gesaannya.

"Aku tak boleh azan la Wahab...suara aku SUMBING...!!!" Sabri Sidik menolak lagi dengan alasan kukuhnya.

Wahab pon mula la dah rasa malas nak suruh lagi. Biarla, tak jadi aku nak pressure dia hari ni. takpela nanti ade peluang aku boleh pressure lagi. Namun, hatinya cepat menangkap sesuatu. Sebaris ayat terakhir dari Sabri Sidik tadi mengusik fikirannya, mengingatkan sesuatu. Lantas Wahab menoleh kembali ke arah Sabri Sidik.

"Wei, amende hang cakap tadi...? Suara hang SUMBING...???" Wahab menyoal kembali dengan lagak penyiasat persendirian.

"Ha...ah...." Sabri menjawab dengan agak perlahan. Mungkin dia pon teringatkan ape yg Wahab ingat tu. Tapi standard tetap kena jaga. Cover tetap kena cover takut nanti Wahab yg terkenal dgn kaki pressure nya tu terus mempressure berterusan sampai ke bilik prep kan. Lalu skill cover tahap pertamanya ditunjukkan dengan harapan dapat menangkis sebarang pressure dari Wahab. Begini skill cover tahap pertama beliau (lihat gambar dibawah):













Wahab yg melihatkan aksi bersungguh2 Sabri Sidik tu terpaksa bersabar menahan ketawanya yg dh mula membuak2 nk terburai kerana menghormati suasana dalam masjid, tambahan pula niat i'tiqaf dah dibaca awal2 masuk masjid tadi, takut terbatal lak sebab buat perkara lagho. Jadi sepanjang solat maghrib tu setiap kali menoleh ke arah Sabri Sidik pasti Wahab akan tersengih2 sendiri. Sabri Sidik pula buat2 tak nampak Wahab padahal dalam hati memang tgh panas gila.

Jadi tibalah masa yang dinanti-nantikan, masa prep malam. Semua kutu2 form 4 berkumpul kat Wahab utk dengar cerita sensasi yg dah dihebahkan awal2 lagi lepas sembahyang tadi tu. Sambil bercerita dengan gaya dan nada yg bersungguh2, Wahab turut menunjukkan gaya aksi cover yg dilakukan oleh Sabri Sidik tadi (rujuk gambar). Dan...apa lagi, masing2 berguling2 gelak kerana gaya dan cara cover yg unik oleh Sabri Sidik yg tak pernah dibuat orang dan memang....HAAAAAHHAAAAAAAAHHAAAAAAAAAAA..... lawak!!!

Monday, August 2, 2010

longo dan kurut junior

longo a.k.a ikram dah dapat anak kul 4 pagi semalam.

kurut juga.

longo dapat anak lelaki, kurut dapat anak perempuan.

bolehlah mereka menyulam cinta nanti.

sila ucapkan tahniah.

kalo nak beli adiah, beli sendiri2, tak payah kumpul2 duit ramai2, pakat2 beli adiah then bagi.

kalo tak jadi cerita macam ayan, kumpul duit konon2 nak beli adiah kat gua, hadiah tak nampak rupe, duit pun lebuh. sia2 dulu kelas agama.

huh!