Monday, July 19, 2010

kenapa gua x berapa ngam dgn che'gu zan

ada kisah kenapa zan x berapa suka dgn gua

satu rehat, tatkala sudu-sudu berterbangan(rujuk entry terdahulu), gua diseru oleh Che'gu Zan dari jarak jauh. untuk mengelakkan pandangan serong kawan2, gua pun dengan cepat2 mendapatkan che'gu zan yang tgh makan sorang2.

sampai tempat che'gu Zan, gua dihulur dengan cekodok. Wah, baik gak che'gu zan ni, cekodok pun nampak sedap, getus hati gua. Lalu dengan sukacitanya, gua pun melahap cekodok che'gu yang sedap dalam tupperware merahnya.

Tengah mencekik, tiba-tiba che'gu berkata sesuatu yang gua memang terkejut abis.

Fadil, saya bagi kamu makan cekodok ni, kamu jadi spy saya utk meorsepul.

Gua terkelu. Tapi cekodok masih dikunyah.

Dalam hati gua ada 2 opsyen:-

a) Terima pelawaan che'gu - gua akan dipandang tinggi oleh zan, silap2 setaraf dengan m saiful tajudin, kurt shaharudin dan anas firdaus. Mungkin juga gua akan dapat soalan2 rahsia spm matematik tambahan.

b)Tolak pelawaan che'gu - gua akan dilabel penjenayah dan sentiasa dipandang serong oleh che'gu zan. Bukan pandangan yang serong tp che'guzan akan memandang secara serong 45 darjah.

Fikir punya fikir, lalu gua memilih Opsyen B. Biarlah gua x pandai add math, yg penting gua ikhlas dan suci utk mengekalkan persahabatan dgn meorsepul.

Lalu che'gu pun mengambil semula bekas cekodok tersebut dan bermulalah kisah gua yang tak berapa ngam dengan che'gu zan. Semuanya kerna meorsepul.

Tapi gua x menyesal. Gua sayang kawan gua. Bukan che'gu zan dan cekodoknya.

fakta:-
sehingga kini gua masih tertanya2 kenapa che'gu zan sangat berminat dengan meorsepul.
ada sesapa tau??

6 comments:

meo sepul said...

dem!!! apsal aku x penah tau pun cite ni dr dulu??? dan apsal aku x penah tau pun cekgu zan suke kt aku??? klu dr dulu aku tau padel ,aku sanggup jadi bini ko...huahua

TAIN 3T said...

haha padil aku teringat kembali kesah rasuah cekodok ni. hohoho nasib baik ko tak accept offer tu, kalu tak meow dgn zan pasti ada skandal

Anonymous said...

gua terbayang cekgu zan comolot ngan meor.

pergh! abis misai dan jambang dia weh!

Luca De Ketiak said...

gua nak link entry ni kat wall fesbuk cekgu zan.

padilazim said...

Luca Deketiak:lu mmg rejim zionis!!

meorsepul:ada banyak lagi cerita ko ngan cikgu kesayangan ko...tungguuu

Anonymous said...

Genial fill someone in on and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Say thank you you on your information.