Wednesday, May 16, 2012

"AKU DAN GURU" - kisah no.1 Botak dan En Jamil Warden a.k.a ambush


Situasi: Di kantin pakcik meor,Botak ingin keluar ke pekan pada petang hari persekolahan dan sedang merayu kepada warden bertugas iaitu en.jamil.

... "Tolongla saya pakcik jamil, saya ada hal penting nak keluar ke pekan ni..." rayu botak bersungguh2 dengan harapan agar permintaannya diperkenankan. tapi malangnya dia yang terkenal dengan ke'wanted'an tak dipedulikan langsung oleh en.jamil.

"awak tau tak hari ni hari sekolah mana boleh keluar pekan. kalau nak keluar jugak tunggu la hari sabtu, memang hari untuk awak keluar pon" tegas en.jamil sambil mengulangi benda yg dah sedia semua pelajar tau.

tapi botak masih tak berputus asa teruskan rayuannya yg tak sudah "tolongla pakcik jamil...penting sangat ni saya nak keluar pekan" padahal setakat nak beli beberapa naskah komik tony wong serta beberapa peket megi kerana dah jemu makan karomah.

"sudahla...kamu pergi la masuk kelas prep awak balik" arah en.jamil sambil bangun dari tempat duduknya. malas beliau nk layan botak lebih2. tetapi botak yg mmg dikenali dengan ketajaman matanya pantas memerhatikan sesuatu yg menarik perhatiannya, lalu fikirannya pantas menaakul, yg perkara menarik itu boleh digunakan untuk membuat sedikit ugutan.

"pakcik jamil, saya ada satu rahsia pasal pakcik ni, kalau saya bagitau pakcik kena bagi saya keluar pekan" dengan harapan botak jeratnya mengena.

"ahh..takde2...awak balik kelas prep awak" en.jamil masih lagi taknak melayan. botak masih tak mau berputus asa, terpaksa gunakan senjata terakhirnya.

"PAKCIK JAMILLL...ZIP TAK TUTUP!!!!!" botak terpaksa bukakan rahsia besarnya sebagai senjata terakhir. en.jamil yg terdengar jeritannya on the spot check seluarnye...aisehmen...sah la...

botak dan rakan2nye gelak habis-habisan memerhatikan dari jauh en.jamil secara cover2 menarik zip seluarnya. jadilah dapat jugak gelak puas2 walaupun botak akhirnya kecewa jugak sebab tak dapat keluar pekan...

Tuesday, January 24, 2012