Tuesday, June 29, 2010

kitab al-quran kitab pembimbing ummah!

banyak sangat benda duniawi kat sini.

gua arini nak bagi info pasal koran kat lu orang semua.

info ni gua tak tau yang yakuza beremosi tau ke tak walaupun dia kelas bukhari yakni kelas agama tegar masa pomfai dulu. gua rasa dia tau. x-gf johan tilawah dan pernah mengaji bersama. takkanlah tak tau ye dok?

info al-Quran:
titik dan baris 1015030, hurufnya 323670,kalimahnya 77934,surahnya 114,ayatnya 6236,juzuk 30 dan 60 hizib.


o.k, nanti2 gua kongsi info lagi.

p/s:terima kasih ustat zahidan atas info ini.
p/sII: tak tau ape tu juzuk dan hizib? huh! gua terpaksa terangkan gak..

juzuk dan hizib ni adalah pembahagian al-Quran, Pembahgaian 30 juzuk mengandungi 60 hizib, cuba lihat ditepi al-quran ini ditulis hizib, jumlah ayat dalam hizib itu kurang sedikit dalam juzuk, tujuannya untuk memudahkan kita membaca dan memudahkan utuk yang menghafalnya. sebagai tempat berhenti waqaf dari membaca.

o.k anak2? berjumpa lagi di keluaran akan datang!

Monday, June 28, 2010

percintaan epik, tromeo and juliet.

* o.k, mula2 gua nak bagitau, cerita tromeo n juliet tu hanya gua dan longo ni je pernah tengok. keh keh keh!

berbalik pada cerita utama.

dulu masa ada pertandingan dorm tercantik, masing2 dok sibuk menghias dorm masing2.

termasuk juga dorm gua. talhah, cyberdorm. madefaker ape cyberdorm, komputer sebijik haram pun takde.

dorm gua yang gua ingat ada muzamir (dulu seekor skinhead kini menjadi cekgu, allah selamatkanlah budak sekolah beliau), meor ahmad daniel (hah! yang ni tak tau pegi mana) dan longo yang kini dikenali sebagai sir ikram. jugak macam madefaker.

cerita gua ialah mengenai loker sir ikram nih. di lokernya ada tertulis perkataan:

"kayram"

gua tanya madefaker apa kayram itu.

sir ikram menjawap,

"kay kawan ikram."

gedik bukan?

p/s: gambar di bawah khas untuk sir ikram dan ustaz zahidan yang mengajar kami subjek koran sunnah. terima kasih!

inilah dia kay yang kawan sir ikram tu..

saat dan ketika kawan2 dekat dihati..

time bila kawan2 kita dekat di hati.

1. time nak kawen. baru hegeh2 nak sms nak ajak.

2. time kita nak mintak no. hp kawan kita yang lain.

3. time astro kena potong. baru hegeh2 nak mintak no. phone ayan.

4. time ada saman kat ipoh, baru nak mengaku ijad kambing (majistret trafik ipoh) tu kawan satu sekolah.

5. time nak pegi kenduri kawan2 yang kawen.

6. time kena tangkap khalwat kat ipoh, baru nak kol peng (penolong pengarah jabatan agama islam perak).

7. time singgah kat kl, pastu ada temujanji tu kensel, time ni barulah nak kontek2 kawan2 kat kl ajak minum.

8. time nak wat agreement kedai, tapi loyer lain charge mahal, barulah nak kol abai (lawyer kat ipoh) mintak tolong.

9. time kawen, pastu ejaklusi pramatang, barulah nak kol ijok (cekgu kat sarawak) order gambir serawak.

10. time dapat anak.

lain2 tambah sendiri.

Wednesday, June 16, 2010

sudah-sudah lah tu ayan..


1. yakuza beremosi penah cerita kat gua dia penah bagi perfume kat minah ni dulu.
2. minah tu dah kawen, dah ada anak pun, cinta ayan masih tak pudar.
3. ayan penah bagitau kat ijok yang ustazah rodziah adalah insan yang menyatukan mereka.
4. "aku pernah kapel ngan fadzlin ni kejap dulu.." kata2 yang terbit dari mulut ayan.

Monday, June 14, 2010

Wednesday, June 9, 2010

Sunday, June 6, 2010

WALIMATUL URUS - KAY & NOOR

Pasangan : Kamariah (Kay) & Noor

Tarikh : 06 06 10

Venue : Dewan Bankuet MBSA

Kehadiran :

Aspura
1.Botak
2.Epoy Taj
3.Aleh
4.Meo

Aspuri
1.Farizah (Jaja)
2.Noli
3.Hanum
4.Yati

X-Azlan a.k.a Dak Bainun
1.Pozan
2.Longo

Lain-lain yang tak pegi, korang rugi, makanan sedap gile baba. Ikut hati memang nak redah second round tapi sebab aku tengok Epoi Taj & Aleh dah slim aku simpan niat dalam2...

Untuk Kay, selamat pengatin baru, len kali kalau ko kawen lagi jangan lupe ajak kitorang lagi...huhu

Pas ni giliran Epoy Taj lak, die tengah cari orang untuk sponsor bekas telo die...Die tengah merangka untuk pecah rekod kenduri kawen paling jimat di Malaysia...Mari kite smue doakan kejayaan beliau...

p/s Gambo x dak, nak tengok gambo mintak sendri kat Kay, aku x dak kamera, hanset aku plak x leh nak amik gambo, kredit abis...Salam

Thursday, June 3, 2010

SMKA naik taraf...

Semlam aku jumpa cikgu faizal..dia kawan ustad zahari ....cikgu faizal tu keje kat SMKA Azlan...diorng mari ganu sebab jadi cikgu pengiring bawk budak2 negeri perak pertandingn tilawah Al-Quran peringkt kebagsaan...nak jadi citer aku ni kawn dgn ustad zahari tu..kalu nak citer lak camner aku kawn dgn ustad zahari tu..lagi la panjg..dan korang yang baca aku yakin belum tentu akan paham...

nak dijadikan citer....aku bawk la dua2 org cikgu ni merayap kelilng terengganu...aku bukan nak citer aper...cumanya malm tu aku takjub satu perkara jer...cikgu faizal tu citer SMKA Azlan dah di naik taraf...menjadi sekolah berprestasi tinggi...so pengetua SMKA , ustad arip telah dinaikkan pangkat ke JUSA C....dan di hantar ke London untuk sahkan pangkat dia...

fuuuuhhhh...kagum giler aku dgr...sebab kalu dlm jabatan aku...JUSA C ni hanya negeri besar jer lebih dpt cam pulau pinag, wilayah kl, Selangor....ni pengetua dah dpt pngkt cam tu...hebat...tahniah la buat sekolah ku yang semain maju dan berjaya..

buat x-SMKA....marilah sama2 kita merasa bangga dengan sekolah yang pernah suatu ketika dulu tercoret nama kita sebagai pelajarnya....cewahhh..

Tuesday, June 1, 2010

THE PUNISHMENT...(HUKUMAN)

"Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, sebat 10 kali dan gantung sampai mati kepada kamu sipolan bin sipolan mengikut seksyen 14 C kanun keseksaan kerana mengedar daun ganja dan ketum secara haram...!!"



"PANG............!!!", bunyi tukul kayu kena hempas atas meja, menandakan keputusan hakim menjatuhkan hukuman adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Ngeri bukan? tapi bila kat Azlan, semestinya ada situasi dan persepsi yg berbeza sedikit. Disini, hukuman ada yg diketegori yg ngeri, ada yg ketegori kejam malah ade yg ketegori kelako.

Mcm biasak la, gua listkan beberapa jenis hukuman (beserta penerima hukuman) yg penah dilaksanakan kat Azlan yg penuh dgn legenda ni:


xxxxxxxxxx


1) Sebat @ rotan @ light saber
- hukuman jenis ni memang femes la dikalangan warga chegu dan jugak warden Azlan ni, termasuk la chegu2 seluruh negara. pasal ni hukuman yg paling sempoi skali nk buat. pegang rotan besar jari sebatang dgn panjang dekat2 sedepa, pastu hayun kat tempat2 berkenaan. Dgn sound efek yg berbunyi, "PIYAPPP..." dah cukup pon nk buat budak2 kecut perut. malah stakat acah2 pon budak dh pucat muka sampai tak berdarah kena toreh. kalu yg lebih thrill sket bawak batang kayu atau besi besi besar batang penyapu.

Pengamal2 hukuman:
a) Pengetua Tn Hj Suhot (arwah)
- libas punggung, betis (mcm light saber star wars)

b) Ustat Arshad @ Pak Chad (warden)
- libas punggung

c) Ustat Amin (warden)
- ketuk kepala budak, ketuk tiang net kat asrama sbb nk kejut budak bangun subuh sambil jerit "Haiyya a'la solah....!!!", "Subuh...jiddan-jiddan...!!!"


Penerima hukuman yg femes:
a) Botak & geng
- kena dgn pengetua akibat kantoi fly gi manjung.

b) Epoi Nazib & Berron
- kena dgn ustat mus sebab main lebih masa.


xxxxxxxxxx


2) Penampar @ pelempang
- kalu jenis yg ni memang thrill gila...dengan tangan2 guru/warden yg besar daun keladi dihayun ke muka budak yg masa tu baru besar daun nangka je, memang boleh kebas satu muka, silap2 aribulan boleh biul otak sekejap mcm masa Anas jatuh moto kat longkang dpan skolah dlu. Biasanya pengamal2 hukuman ni jenis guru/warden yg looks brutal dan penerima hukumannye mestilah dari jenis budak2 yg looks brutal jugak

Pengamal hukuman:

a) Encik Hasnan @ Pak Nan
- memang terkenal dgn kehandalannya menampar dan membackhand

b) Ustat Mustapha @ Ust Mus
- libasan penampar jenis padu maut, tangan tentera original punya


Penerima hukuman yg femes:
a) Fadil Azim
- kena penampo & backhand sebanyak kira2 6 kali berturut2 dgn Pak Nan

b) Meor Saiful Niza (meolithic)
- kena penampo dgn Pak Nan jugak dlm masjid, tapi disertai dgn tindakan melawannya yg berbunyi "Ape ni chegu...??!!!" (baca dengan nada halus dan sedikit marah)
 
c) Anas Zainudin (F5'95)
- kena libasan penampo Ust Mus sbb pasang lagu Slam - Tak Mungkin Berpaling pagi2 buta kat speaker asrama


xxxxxxxxxx


3) Pumping:
- yg ni lebih kepada bercorak fizikal, pengamal cuma guna air liur utk bagi arahan baper kali nak buat dan penerima memerlukan kekuatan fizikal dan mental tahap gaban utk laksanakan hukuman.

Pengamal hukuman:
a) Ustat Mustapha @ Ustat Mus (lagi)
- oleh kerana beliau ni jenis background tentera punya, sudah tentu pumping ni jadi feveret


Penerima hukuman yg femes:
a) Berron (lagi)
- kena pumping kat belakang asrama sebab kantoi tak turun semayang subuh kat masjid

b) Berron (lagi)
- kena pumping atas meja dewan makan tengah orang ramai sedang makan sbb rembat sandal ust mus (rujuk kesah Sandal)


xxxxxxxxxx


3) Cubit
- yg ni jenis hukuman bersifat kesakitan dalam kelembutan. awas pada yg terkena, boleh ada tatu warna merah yg tahan 2-3 hari tak ilang walaupun dibasuh dgn air panas atau disental dgn sabun dettol hatta sabun cap kapak pon takleh ilang lg.

Pengamal hukuman:
a) Ustat Zahidan @ Pak Dan
- cubit dia jenis halus tapi lama giler, sampai bergenang air mata jugak la tahan.

b) Ustat Mustapha @ Ustat Mus (lagi)
- cubit jenis besar beserta pulasan 360 darjah.


Penerima hukuman yg femes:
a) Aleh Bani
- sering jadi mangsa kena cubit dgn pak dan kerana terkenal dgn kenakalannya kat skolah. tempat slalu kena cubit ialahkat perut ngan kat atas dada bawah bahu. pedih woo...!!!


(.....bersambung la pulak...)

Tuesday, May 25, 2010

SANDAL...


"Cikgu...ape tu..??"
"Haa..ape ni..? Takkan kamu semua tak tau..?"
"Ohh...saya tau...yang ni dipanggil SANDAL kan cikgu..?"
"Haa...pandai pun..."


xxxxxxxxxx

xxxxxxxxxx

xxxxxxxxxx



SANDAL...

Bagi budak2 biasa sandal ni tak bape penting sangat sebab sandal ni lebih kepada pakaian di kaki utk pegi ke jamban/bilik air, nak mencabut rumput kat laman rumah, menyental daki dan kesan2 lumpur kat kereta atau moto kesayangan ataupun sekadar membuang sampah kat tong besar depan rumah atau pakai naik moto gi beli roti menggali kat seven eleven.

Tapi...macam biasakla, persepsi sandal dikalangan budak2 Azlan memang totally berlainan. dalam erti kata lain, cara pendekatan terhadap sandal ni dikalangan deme2 nih, memang tak penah dijumpai dimana2 tempat lain selain dari Azlan je. kehebatan dan kehandalan mereka mengenengahkan persepsi yg amat2 berlainan mengenai penggunaan dan penghayatan terhadap sandal memang diakui terhebat dan teragung sekali dalam dunia ni.


Kisahnya.....>>>>>>>


Majoriti dikalangan budak2 Azlan suka memakai sandal untuk kemana2 sahaja (kecuali pegi sekolah pagi2) seperti ke kelas prep, pegi dewan makan, pegi masjid, pegi jamban (untuk prek...!), pegi mandi, pegi main dan sebagainye. pendek kata satu sandal memang akan dimanfaatkan kegunaanya dengan semaksimum dan semenyeluruhnya. atas dasar ini maka kebanyakannya akan memilih sandal yg jenis multi purpose serta tahan lasak yg bleh guna utk harung air (dlm bilik air), boleh guna utk pegi sepak bola, boleh guna utk meloncat bila smash masa main badminton dan banyak lagi kegunaan2 yg lainnya. pendek kata sandal ini menjadi salah satu keperluan untuk meneruskan survival hidup yg amat penting bagi budak2 Azlan ni.

Namun sila betulkan penaakulan anda, kerana seperti juga ketika turun ke kantin, walaupon sandal ni salah satu rukun hidup kat Azlan, tapi apabila survey dijalankan sekali lagi, hasilnya amat mengejutkan kita sekali lagi. Percayakah anda bahawa cuma 60% sahaja budak Azlan yg memiliki sandal sendiri? abis tu cemana mereka2 meneruskan survival hidup mereka? susah woo kalu takde sandal ni...


xxxxxxxxxx

xxxxxxxxxx




Senang aje.....

SARUNGKAN AJE MANA2 SANDAL YG NAMPAK DAN RASE BERKENAN DIHATI...!!!


Haa...tu la cara penyelesaian yg paling simple dan slamber aje. senang hidup kita bukan? keluar aje dorm, nampak mana2 sandal, pakai trus....pegi jamban, mandi skali. pastu balik dorm salin baju, keluar balik, nampak mana2 sandal lain, kasi sarung...strait trus g dewan makan...mentekedarah dlu. pas abih makan balik dorm, siap nak pegi masjid, nampak mana2 sandal kat luar, angkut je...trus g masjid. pas abih semayang, kuar masjid, nampak mana2 sandal, rembat je..balik dorm balik. kesimpulannya, sorang budak Azlan yg walaupun takde sandal tapi masih mampu pakai 4-5 jenis sandal yg berlainan setiap hari. hebat bukan...hahaha kalah dgn peraga fesyen kasut tuh.

Tapi perembat2 sandal ni pulak jenis pandai berhati2, usha dulu rase2 sape punya tuan sandal ni. kalu jenis sandal yg agak familiar tuannye (jenis yg garang/brutal), batalkan aje niat takut free kena flying kick atau backhand. tapi kalu sandal dari kalangan budak2 junior terutamanya, kasi sarung, jalan dengan selamba ke depan dan Jangan Pandang Belakang lagi...

Masalah ni memang dah jadi kanser tahap kritikal kat azlan dulu tuh. tiap kali keluar dorm atau masjid, maka ada saja jeritan2 sayu kedengaran sehingga ke tahap menyentuh naluri dan kalbu..."Mana sandal aku..?!!" tak kurang jugak ada makian hamunan tahap dewa kerana terlalu hangin dan menyumpah2 sape yg rembat sandal dia. kurang jugak ada yg hampir jadi kes gaduh dek kerana sebab berebut sandal. lalu apakah langkah2 penyelesaian yg ada untuk mengatasi penyakit berjangkit ni?sebab bila sorang budak sandal dia kena kapok maka dia pon akan amik jalan yg sama, kapok orang lain punya sama...dan begitulah seterusnya berjangkit ke orang2 yg lain.

LANGKAH PENYELESAIANNYA:

1) guna sandal sebelah lain - sebelah lain:
sandal jenis ni selalunye jadi kurang feveret sebab perembat2 sandal ni jenis jaga standard jugak nak sandal yg sepasang aje. tapi kalu dah dalam keadaan kritikal atau tak banyak pilihan, maka jenis ala2 Din Beramboi (Ujang) ni pon jalan je, janji kaki ade lapik dan jgn kaki ayam (malu kompeni). Jadi sandal ini adalah jenis yang SETIAP SATU DIJUAL BERASINGAN.

2) guna kasut2 buruk:
ni salah satu langkah penyelesaian jugak, gunakan kasut2 buruk seperti kasut sukan yg dah takde tapak atau tali. cara ini menyebabkan budak tersebut menjadi lain dari yg lain dan tak akan jadi sasaran perembat sandal ni. lagipon dah nama perembat sandal, takkan dia nk rembat kasut lak, menyusahkan kaki je nk pakai kasut lak. selain kasut buruk, boleh jugak diganti dgn kasut luffer polo dan jugak kasut penguin.

3) guna sandal yg pelik atau fancy atau jenis mahal giler:
yang ni susah sket la untuk dilaksanakan, sebab kena keluar belanje lebih sket. tapi keberkesanannye agak tinggi sebab sandal jenis fancy/pelik/mahal memang si perembat susah sket nak kapok sebab senang dikenali dari jauh dan kemungkinan besar si perembat takut bila tuannya repot nanti dia kena keluar belanja ganti lain pulak. salah satu contoh yg paling mudah adalah sandal nike brazil yg berwarna hijau dan kuning dan berharga agak mahal jugak la -  orang dah tau sape tuannye dan jarang sekali sandal ni kena rembat.

4) kunci sandal dgn rantai & mangga:
ni langkah yg paling drastik pernah dilihat. dipercayai dipelopori oleh budak junior (form 1 atau form 2). mereka ni adalah terdiri dari yg dah tak tahan dgn jangkitan penyakit ni, lalu berpakat 2-3 orang beli rantai besi 2-3 jengkal beserta satu kunci mangga. bila sampai kt masjid lalu pakat rantaikan sandal diorg kat tiang masjid dan manggakannya, setel. memang takde peluang la perembat2 ni nk kapok sandal tu. rasenye langkah ni yg paling berkesan skali mencegah jangkitan tersebut.


Perembat2 sandal ni pernah jugak menerima hukuma yg berat akibat perbuatan mereka bila dah kantoi. Antaranya:

1) Sedara Berron (versi Form 5)
-pernah dengan beraninya merembat sandal kepunyaan Tn Hj Mustapha Kamal (Ust. Mus) di waktu subuh hari kat masjid. Ust Mus yg hangin gila pegi ronda kt setiap dorm dan akhirnya tiba di dewan makan yg pada ketika itu Berron baru nk start jamah makan. ternampak je sandal dia, terus dia serbu masuk dalam dan pekik sape yg rembat sandal dia. terpaksa la Berron ngaku dia yg rembat, dan hukumannya....kena pumping atas meja dewan makan tgh2 org ramai nak makan pagi......hahahahaha!!!! kesian Berron, tak penah lagi dibuat orang kene pumping atas meja. Berron yg agak tension setelah menerima hukuman terus jadi tak lalu makan dan tinggalkan pinggan sarapannye atas meja utk di QEQAH oleh rakan2nye yg lain lalu terus naik atas (ke dorm).

2) Sedara Jo (Johari Jamaluddin)
-pernah jugak bersikap dengan beraninya merembat sandal kepunyaan ustat ghazali dolah (tapi bukan adik beradik wahab dolah) selepas semayang jumaat. macam ustat mus jugak ustat ghazali pegi ronda keliling asrama dan terus pegi dewan makan. macam dah tau2 lokasi tersebut memang feveret tempat utk jumpa sandal yg ilang sebab lepas semayang memang semua serbu gi dewan makan utk mencekik. tapi kali ni ustat ghazali tak pekik macam ustat mus sebab dia takde background tentera lalu dia pegi tanya dari meja ke meja sape yg rembat sandal dia. maka terkantoi la si Jo ni, kalau tak silap aku dia dihadiahkan backhand 3-4 kali jugak oleh ustat ghazali, huhuhu.............


p/s: nantikan kisah seterusnya....(dah kasi hint pon)