Friday, March 19, 2010

Mari Belajo Agame - Ghibah & Buhtan

Kali ni aku nak menyentuh skit berkaitan ilmu akhirat lak. Asyik ulas pasal sukan pon bukan nye Shabery Cheek nak komen balik pon pe yang aku ulas. Sekali-sekala rohani pon kena kasi santap. Baru iman jadi mantap. Tak gitu?

Kelas agama kali ni kita akan belajo pasal Ghibah dan Buhtan.

Mari kita ikuti perbualan antara Baginda Rasulullah S.A.W dengan seorang sahabat baginda.


Sahabat baginda : "Wahai Rasulullah, apakah itu Ghibah?"

Rasulullah S.A.W : "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya."

Sahabat baginda : "Bagaimana sekiranya apa yang dikatakan itu benar?"

Rasulullah S.A.W : "Kalau sekiranya benar, maka itulah Ghibah, tetapi jika sekiranya itu tidak benar, maka engkau telah melakukan Buhtan (pembohongan besar)."

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)


Ingin ditekankan juga di sini, orang yang mendengar ucapan Ghibah pun akan memikul dosa Ghibah, kecuali orang itu mengingkarinya dengan lidah atau menerimanya dengan hati. Oleh itu, jika ada kesempatan, orang yang mendengar Ghibah perlu mengalihkan bicara kepada yang lebih bermanfaat.

Ok, fahim tum?

Riwayat Muslim juga ada menyatakan bahwa " Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."

Haa, takut tak?

Disamping itu perlu juga diingatkan bahawa Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi melalui pergerakan atau isyarat dan juga melalui TULISAN.

Perlu juga kita ingat di sini bahwa Islam mengharamkan dan melarang Ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, keaiban dan kehinaan pada orang lain.

Ok, fahim tum?


Wokeh, dah cukup. Gi sambung layan fesbuk balik. Aku nak rilek2 jap. Sok nak pekena 'koala panggang' kat Pekan Manong lak.

p/s ~ Aku harap dak2 Azlan yang akan turun riot kat Pekan Manong sok hari take notice. Jangan cepat terpengaruh dengan dakyah2 yang berniat jahat. Huhu!

p/ss~ Mesti ade dak tu kat belakang2 kate aku poyo. Haa, Ghibah tu!!!

1 comment:

Luca De Ketiak said...

gila ah! budak kelas sains tulis entry beragama.. yakuza beremosi budak kelas agama totok dok cerita pasal emosi dia je..