Friday, April 23, 2010

Betel of the Ben (Epik 1)

Malam2 aku di Manjung selalunya dihabiskan bercengkerama di Sharizul Bundle bersama gerombolan anak2 mude yang sangat kool2 belaka. Anak2 tue pun ramai juge. Di atas kedai bundel tu pulak tersergam indah sebuah studio jamming iaitu Gemerencang Studio yang telah banyak melahirkan ramai musician muda yang hebat2, ade la dalam 2-3 orang kot. Saban malam aku peratikan ramai sekali anak2 muda yang singgah mengasah bakat di studio tersebut. Bermacam-macam gaya, bermacam-macam rupa, yang ghupe hawo pun ade jugak kengkadang, masing2 datang dengan identiti tersendiri, sesuai dengan aliran muzik yang mereka sembah.

Satu malam tu cam biase aku lepak port biase. Selalunye aku dan rakan2 lepak kat luar kedai, space parking depan kedai bundel. Slalunye time2 kitorang lepak mesti ade je dak2 yang datang nak men'jamming'kan diri. Tibe2...

Zooommm,sreeeettttt.....

Sebijik kete parking sebelah kitorang, siap drift lagi. Sipi2 je nak langgor kitorang. Kami wat kool, kering je, padehal dalam hati memang cuak la takut kena sapu dengan dengan kete depa. Klua je kete smue muke cam best je. Konon kool abis. Aku kerling sekor2, diorang kerling aku balik. Pergh, melawan. Member aku, Nabil dah capai helmet. Slow aku sound Nabil.

"Tak pa Beel, budak2 lagi, bagi can kot".

Boleh pulak depa bawak groupies (chicks@chica@cekedis) ehmm, lagi la bertambah-tambah percentage riak depa. Kembang je idung. Nak melangkah naik ke studio pun mendada je. Haih, dah macam barua je aku tengok. Tak pa, depa belum kenai kami sapa. Huhu. Aku terus jadi panas dengan keadaan cam nih. Jauh di benak hati aku bersuare.


"Ekeleh!!! zaman sekolah dulu aku dah ade band la, tak kecoh macam hampa pon"...


Ye, zaman sekolah.

Itu cerita lebih sedekad yang lepas.

Tibe2 pale otak aku menerobos ruang mase kembali ke zaman klasik tersebut.

+



+



+



+



+



+



+



+

Sekolah azlan memang well known dengan kehebatan dak2 yang memang hard core dalam bidang muzik. Stakat peringkat daerah Perak Tengah, memang celah gigi je la orang cakap. Peringkat negeri pun kadang2 senang2 je sekolah lain kena tapau. Peringkat kebangsaan je yang payah skit nak makan, mungkin sebab jiwa dak2 azlan yang tak terlalu ke arah 'mainstream', cukup la sekadar di label 'indie' dan didorong oleh rasa jiwa yang teramat 'lo-fi', tidak terlalu mengejar kemahsyuran cukup untuk kepuasan diri sendiri.


Setiap tahun, event 'battle of the band' adalah antara acara kemuncak yang selalu dinanti oleh dak2 azlan. Dari dak form one sampai ke dak form 6 atas diwajibkan menghantar sekurang-kurangnye satu wakil. Boleh nampak bukan macam mana seriusnye sekolah azlan dalam menyemai unsur muzik di peringkat akar umbi.


Tahun itu, tahun 1999. Acara 'battle of the band' peringkat sekolah azlan dah makin hampir. Memang setiap tahun band aku tidak pernah ketinggalan untuk menunjukkan bakat muzik yang memang sudah sedia terpendam. Tahun itu merupakan tahun terakhir bagi band aku dan tahun itu mungkin tahun terbaik untuk kami menggondol gelaran juare. Paling hebat pun dapat no-3 mase form 3 bermodal kan lagu P.Ramlee yang diberi nafas baru. Memang boleh menangis kalau layan lagu tuh sorang2 atas katil asrama.


Macam biase kurang lebih 2 bulan sebelum acare membuke tirai, meeting antara ahli2 band dibuat. Satu keputusan mengejut dicapai. Keputusan yang agak rebel oleh ahli2 band aku. Aku dilantik menjadi 'frontman' buat julung2 kalinye. Bermodal suare yang tidak berape nak merdu aku sahut cabaran dengan hati terbuke walaupun dalam hati ade perasaan takbur sikit2. Huhu. Mungkin ini dapat memberi sikit elemen kejutan untuk penonton2 di hari acare berlangsung memandangkan aku merupakan pemain instrumen sahaja bagi band sekolah azlan. Alunan suare aku mungkin tak semantap alunan tangan aku, tapi demi cinta yang mendalam dalam bidang muzik, aku yakin mampu buat yang terbaik sejajar dengan cogankata pengakap 'Buat Sehabis Baik'.


Buku2 pelajaran semakin diketepikan. Setiap petang padang bola sepak semakin sunyi. Nafsu nak merembat buah tembikai dan ais krim di dewan makan setiap tengah malam dah semakin lemah. Waktu lebih banyak dihabiskan untuk berlatih bersame-same ahli2 band. Band2 lain juga nampak sangat tekun dan berdedikasi tinggi. Tak cukup waktu latihan rasmi, waktu mandi dan waktu sebelum tido aku gunakan untuk memantapkan lagi kualiti vokal aku. Barulah kedengaran lebih lunak dan padu nanti. Selain itu, aku amalkan juga petua orang lame dalam meningkatkan mutu suare, seperti meneguk air masak selepas bangun je dari tido. Kalau ade air liur basi lebih baik kate mereka. Ais batu jadi musuh, masakan pedas jadi seteru. Tapi kadang2 aku bantai jugak tanpa pengetahuan ahli2 band lain.


(bersambung kot...)

4 comments:

ishiko said...

uahhh... memori alam pseklhn mmg beshh kn ^_^

TAIN 3T said...

haha...gua ingat situasi memulakan nyanyi lagu tu...lu tiba2 jem pulak...hahaha tapi lu story sndiri la nnti anti climax lak

kuehbangkit said...

dan pemenang nye adalahhhh....
band wanita form 5 yg juara! hik hik hik!siap dijemput buat persembahan di stage kantin masa event gempak kat sekolah!kemenangan yg sungguh tidak disangkakan! band yg perasan jadi johan tu tutup muke le dgn selendang ;-) haiya haiya ya rijal...haiya bil jihad

TAIN 3T said...

Lagu P Ramlee diberi nafas baru...
hasil ciptaan penggubah lirik terkenal...encik tapa