Sunday, October 10, 2010

GURU-GURU THE LEGEND

Berape lame daa gua tak menyumbang ke blog ni...alasan paling biase...takde masa, sebok keje dan sebok dgn family. so arini gua cuba melapangkan diri yg selalu sebok ni utk menyumbang entry lg...tajuknye...mcm yg kt atas tu laaa.

Guru-guru Azlan tak kurang juga hebatnye di mana ramai yg boleh dikategorikan sbg the legend seperti Faizal Shahril The Legend tu. guru ni terkenal bukan sbb mcm Faizal Shahril The Legend tu yg akan bertempik ... TEPI...TEPI...TEPI...!!!! pada setiap subuh khamis. tapi guru-guru ini seringkali menjadi sebutan atas sebab ciri-ciri dan penampilannya serta barangkali kehebatannya dalam mengajar di sekolah.

Mari kita kenali guru-guru kita yg legend tu:

1) Allahyarham Tn Hj Suhot b Hj Sayuti.

legenda arwah pengetua kita ni mmg takleh dinafikan la sebab dia antara pengetua yg paling banyak kali keluar masuk sekolah. mula dr zaman tembakau (scene kena rotan kat tapak kaki) sampai la kita semua keluar sekolah pada tahun 1999, still arwah ni jd pengetua kita. budak2 kita ada jugak yg merasa penangan rotan dia (scene lightsaber bagi pengantoi fly keluar gi manjung).

2) Tn Hj Zahari b Ahmad Zarani

legenda beliau adalah kerana menjadi seorang penolong kanan hal ehwal murid (HEM) yg paling berkaliber dikalangan pelajar azlan. seringkali jadi tumpuan pelajar setiap kali ada masalah berkaitan peribadi, dan tak kurang jugak menjadi tumpuan pelajar setiap hujung minggu kerana nk balik kampung atas sebab beliau juga merangkap ketua warden dan warden yg senang sket nak mintak balik kampung atau keluar pekan. (tak caye tanya pakar mintak balik kampung berpengalaman luas, sedara Ruhizat Kambing a.k.a Majistret Ipoh).

Lagi satu beliau ada ayat trademark yg femes iaitu setiap kali nk memulakan ucapan dalam masjid (lepas semayang)...."Saudara imam.., para warden.., guru-guru...serta para pelajar sekalian." Sedara paeh selalu tambah hujungnya... "dan t-shirt joe jambul." (tah ape kaitannye gua pn xtau).

3) Allahyarham En. Mohamed b Itam Hamid.

Arwah lebih dikenali dengan panggilan cikgu mat itam (gabungan nama dia dgn bapak dia, sama mcm fidomat: firdaus + ahmad). juga dikenali dgn gelaran cikgu Mat Aura. kehandalan beliau terbukti dengan kehebatannya mengajar geografi serta berpengalaman luas dalam ilmu kegeografian. namun kelegendaan beliau yg paling hebat yg tak dapat ditandingi oleh guru-guru yg lain adalah AURA beliau semasa mengajar. takde cikgu lain boleh celen beb. aura beliau bukanla seperti aura laga hitam atau aura alam semesta mcm komik alam perwira tu, tapi ni AURA MENGANTUK. semua pelajar telah merasa, setiap kali tiba waktu dia nk masuk mengajar, pasti aura ni akan menyelubungi kelas on the spot. jika anda tak hafal jadual kelas, dan nk tau time cikgu sape lepas tu, kalu anda tiba-tiba diselubungi aura mata nk terpejam, maka anda tau la masa tu adalah geografi yg diajar oleh cikgu mat itam.

4) Ust. Mustapha Kamal b Ahmad Kasim.

Guru + Warden ni terkenal dgn kebrutalan dan keganasannya dikalangan pelajar. hasil keluaran kem wataniah (kat mana tak tau la), beliau telah aplikasikan ilmu ketenteraan dalam usaha mendidik dan membentuk budak-budak azlan yg kebanyakkannya mcm nk hancus je.laungan serta tempikannya menjadi trademark kat aspura yg mana kadang-kadang kedengaran sampai aspuri terus. libasan penampar padu maut serta starlight menjadi hukuman feveret utk budak2 azlan selain pumping serta guling sebagai hukuman sampingan (lihat kisah the punishment). beliau juga merangkap public phone / operator talipon untuk budak aspura sbb beliau ada handphone masa tu, jadi mak bapak yg nk talipon cakap dgn anak2 akan kol talipon dia, dan masa tu dia akan laung budak sehabis suara panggil turun tanpa perlu gunakan mic asrama (sila tanya sedara padil azim).

5) En. Hasnan b Basri

Sangat terkenal juga dgn kebrutalan beliau dalam menangani kes pelajar. senjata paling ampuh beliau adalah pelempang dan backhand je (tanya sedara meowlestik dan padil azim). cara yg lebih mudah dan ringkas, silap sket je, hayun terus. Kereta beliau jugak turut dikategorikan agak legend, kerana mempunyai bunyi hon pelik seakan2 hon motor india jual roti. tapi budak2 azlan yg dh arif dan kenal bunyi tu, akan terus jadi berwaspada tiap kali mendengarnye. yg mana kaki law-breaker yg sebelumnya brutal tahap suria perkasa hitam akan drop terus terketar2 sampai terkentut (mcm meowlestik).

6) En Zan Asri b Tasir

Guru idola dan kesayangan bagi murid2 kelas 5K kerana kehebatannya dalam menyampaikan ilmu matematik tambahan yg berkesan kaw2 (ramai budak2 5K jadi scorer). namun beliau ditakuti atau beliau sendiri anti kepada kelas2 selain 5K iaitu 5H, 5B dan 5S. sungguhpun beliau kurang gemar pada kelas 5S tetapi beliau tetap suka mengunjungi kelas 5S kerana 2 sebab iaitu mengacau Raja Farah (syok kot) ataupun mengintip gerak geri meowlestik (meowlestik sering jadi perhatian beliau mungkin kerana beliau turut minatpd meowlestik). legend beliau terletak pada trademark jambang memenuhi hampir separuh muka dan pandangan yg sentiasa condong 35 darjah yg disukat menggunakan teori janjang arithmetic (atau mungkin dh ditukar kepada jambang arithmetic). selalu menggemparkan (menyound tak tentu pasal) pada kelas2 non feveret beliau, katanya semua kelas lain pemalas tak mcm 5K. tapi dikalangan budak 5K ada jgk yg non feveret beliau iaitu sedara asri shuhim atau seluarpendiks. katanya asri adalah dari kalangan pengikut-pengikut kepala setan dari kelas 5H iaitu botak yg dilabel kepala setan dan termasuk pengikut ciliknya iaitu sedara don yg digelar setan kecil.

7) Pn Sazni bt Ibrahim

Guru kelas 5S ni cuma ada satu legend dia yg paling aku ingat skali, iaitu ketinggian level bahasa beliau. Kenapa? sedara haizad fahmi (adik kembar meowlestik) pernah cilok satu sajak dari penyajak terkenal tanahair (tak ingat sape) untuk siapkan keje skolah beliau. harapannya berbunga2 nk dapat markah paling tinggi, sbb sajak tu nukilan bukan sebarangan orang. tapi hampanya sedara haizad, apabila sajak yg dihantarnya cuma dapat markah 60 je (xdpt A pon). alasan cikgu sazni ada;ah sajak beliau kurang makna ataupun pengertian yang kurang mendalam, sajak yg sraight fwd je maksudnya. selepas kejadian tu barulah disedari bahawa taraf bahasa beliau sangat tinggi mengalahkan sasterawan2 tanahair yg tersohor.

8) Tn Hj Muhammad Yazid b Abdul Aziz

Guru bahasa arab yg terkenal dgn kelantangan dan kebisingannya. seringkali jadikan pelajar perempuan sebagai sasaran menyakatnye. mengajar bahasa arab tahap tinggi 5K dan jugak 5B. suka cubit kaw2 kat budak lelaki sementara budak perempuan selalu kena taji tangan atas meja. paling brutal adalah budak kelas 5B kena ketuk ketampi 100X (tak ingat sbb ape) sampai 3 hari 3 malam budak2 tu jalan tak betul (ngangkang aje).

nanti sambung lagi...banyak lagi guru2 legend kita...

11 comments:

faizal said...

hahaaammpeehh..apersal kisah aku jadi tempelan ni...ni meowlestik punya hal la ni...

Anonymous said...

ustaz yazid bapak sedara saya...!!hahaha,..x sangka termasuk jugak dia dlam cekgu legend azlan syah eh,....

meo sepul said...

Kamu jangan lupe cekgu karim dgn cekgu zulkarnain tapa...legend tahap gaban tu...

Anonymous said...

ASO a.k.a Asaari Omar pun legend gak..

Anonymous said...

pergh...cikgu zan kutuk kelas 5H kepala setan, mentang2 namanya 5H, ingat 5 HANTU ka? (tp mmg hantu2 pn bebudaknya...hehe)

kuehbangkit said...

sape budak 5B yang kene ketuk ketampi 100x tu?habaq mai habaq mai!

TAIN 3T said...

budak2 laki2 je kena, pompuan tak kena. tanya le abai, leh bani

Anonymous said...

ketuk ketampi ke jalan itik?

Anonymous said...

cikgu selmiwaty kot paling lagend :-)

Anonymous said...

ustaz yazit ngan cikgu hasnan ade lagi kat sekolah tu. cikgu ramlah bini cikgu hasnan pon ade. cikgu jumilah dah jadi GK Teknik dan Vokasional. aku sekadar guru kecil je kat situ. tiada apa2 legend pun

Anonymous said...

cikgu hasnan skrg ni dah pakai Myvi Hitam (2nd edition) plat KCW. bini dia pakai kia carens