Wednesday, October 6, 2010

term-term yang selalu disalahguna boleh budak azlan siri 1

Hola!gua dah lama x masuk budakazlan nih!

banyak dah entry pasal ed ngan pidomat ni!ada apa2 ke?heh!

gua tengah berkira2 nak buat aqiqah utk anak gua tetiba gua teringat amalan khurafat di azlan menyalahgunakan tajuk yang sama.

budak-budak azlan ni memang selalu menggunakan ayat yang sama dengan sesuatu amalan tapi konsep mmg lari abis.

Aqiqah pengertian betul dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Tapi di azlan aqiqah membawa maksud menghimpap rakan secara berjemaah sebagai tanda persahabatan sejati.ada iras-iras main ragbi tapi lebih mesra.unikkan?

satu hari kalau aqiqah tidak diamalkan memang tak sah hari tu.

selalunya setiap orang merasa amalan aqiqah atau 'kekah' dalam bahasa pasarnya.

amalan aqiqah ni selalunya dilakukan di tempat awam-bilik prep, bilik asrama dan lain2.kadang2 kat lokasi air terjun pun jadi.gila ah!

selalunya amalan ini dimulakan dengan laungan 'kekah' dan seterusnya pelaung dan rakan2nya akan mencari mangsa untuk diaqiqahkan. Namun kadang kala oleh kerana tiada mangsa, si pelaung pun boleh diaqiqah. tak caya tanya atuk.

tapi kemuncak aqiqah ini berlaku apabila satu malam asrama tiba2 black-out.maka sekonyong-konyong terdapat beberapa orang (nama dirahsiakan) memulakan aqiqah.

tengah beramai-ramai beraqiqah tu tetiba dari pintu bilik prep datang kaki menyepak semua orang terlibat dengan brutalnya seraya menjerit.

ni apahal main himpap2 ni!keluar sekarang!

gua dah awal2 lagi nampak mamat yang menyepak tu.sekali ustad mus daaa

apa lagi.bertempiaran la lari semua orang.yang mana sempat memang dah berkelik di sebalik meja yang ada. yang kena tangkap memang mengucap syahadah dan takbir tanda syahid pada malam tu.

selepas malam tu, tiada amalan aqiqah lagi di azlan. agaknya ustad mus dah keluarkan fatwa pengharaman aqiqah menggunakan kaki beliau yang tebal tu.

sekian.

nanti gua cerita satu lagi term salah di asrama -sodom (solat dalam dorm bukan perilaku sodom)


3 comments:

Luca DK said...

"kekah.." jerit atuk.

5 minit kemudian dia yang kena kekah.

o.k, tu kalau ada video memang kelakar..

meo sepul said...

Kalau ade video mase Ustat Mus ambush acare kekah wajib terbaek...siap ade yang x puas siap sound balik sape yg sepak...Hehe...Cilake

mustapha sulaiman said...

selaku mat rempit, budaya kekah ni dah biasa sangat. tapi kita orang kekah cikaro. kadang-kadang ada yang sebaya kadang ada yang 6 tahun lebih tua dari kami(mat rempits).

jadi acara kekah bebudak azlan ni kira taraf pondan atau gay lah pada kami.

minta maaf ye. kebanyakan bebudak azlan sangat menjengkelkan lagi-lagi mereka yang menyokong kelab man united. itu memang bapak segala gay.