Friday, May 21, 2010

Terbang...Versi 2

Selain dari menghilangkan diri secara haram, ada satu lagi maksud berbeza untuk TERBANG ni...


xxxxx

xxxxx

xxxxx


Tapi situasi ni slalu terjadi kat kantin skolah aje la...

Situasi:

"Kriiiinggggggggggggggg...........!!!" (loceng waktu rehat)

Bertebaranlah semua budak azlan menuju ke satu tempat sahaja iaitu kantin Pakcik Meor untuk mendapatkan sepinggan nasik lemak atau bihun atau mee dan segelas air sirap atau bandung. pada masa tu feveret serving adalah nasik lemak la.

Tapi awas kepada mereka2 yg pegi ke kantin, kerana semua yg turun tu bukannya semua akan beli nasik lemak atau mee tu. survey pernah dijalankan dan cuma 60% saja yg turun akan pegi ke kaunter ambik pinggan nasik lemak. yg selebihnye...mereka cuma ambik SEBATANG SUDU aje. lalu sudu-sudu tersebut akan diterbangkan ke pinggan-pinggan yg sedia ada atas meja dan disuapkan ke mulut masing2. Sejurus kemudian sudu2 tersebut akan berpindah ke pinggan2 yg lain pulak dan proses sama akan berulang. Maka terciptalah fenomena baru ini yg di beri nama...


"SUDU TERBANG"


Free aje bukan? takyah beli nasik pon boleh kenyang. kalu 5-6 pinggan ada atas meja tu dah dapat 5-6 sudu jugak...kan berisik jugak perut tu. Air pon sama, capai je mana2 gelas yg ada atas meja dan hirup barang seteguk dua, setel.

Bila fenomena ini melanda, mulalah mereka2 yg sering menjadi mangsa akan cari port2 baru utk makan masa rehat. ada yg sampai gi makan nyorok2 kat blakang stor sukan sebelah kantin tu, ada yg sampai pegi mencangkung blakang kantin pon ada...punyala survive nak mengelakkan diri dari dihujani serangan SUDU TERBANG ni. tapi bila dah terjumpa...memang tak terkata apa bila pinggan nasik dari penuh tinggal suku aje. senang cakap...redha aje la...

Itulah kesahnye, istimewa ditujukan pada mereka2 yg seringkali dilanda kebuluran tapi dalam masa sama nk save bajet utk beli seluar dockers bundle, baju maui & son cap jerung, quicksilver real boardshort, kasut paka lolo, tempah seluar 30' 24' 20' kat mens ba' tsu by koichi nagata...pendek kata...biar perut merana asal badan bergaya...

p/s: Tambah satu lagi - kasut jenis Panama Rock

5 comments:

Luca DK said...

lu memang terbaik lah tapa!

kalo bleh tag, konfem gua tag allahyarham atok..

Anonymous said...

kasut paka lolo tu jangan main main tapa..

bergenang air mata ni.

-pidomat-

TAIN 3T said...

pergh ada sentimentel value paka lolo kat lu hahaha

Manja@yah said...

akum, "allahyarham atok"? betul ke ni?luca, jgn la main2 beb!

kuehbangkit said...

leh sespa jwb tentang di atas?betui ka?