Monday, May 17, 2010

Bas Sekolah...

Dah lama aku tengok senyap je blog ni...ahli2 nye semua tgh sebok nguruskan hal ehwal duniawi (kot ada yg nguruskan hal ukhrawi...kalau ada le...).

Bas sekolah azlan dulu cuma bas jenama Tata aje, yang aku tak tau beli baru ke seken hen aje. tapi ke'legend'an bas tu jugak la boleh meredah segenap pelusuk negeri Perak ni. bermula dgn tugas tetap hantar budak balik kampung setiap bulan ke 3 destinasi utama. berikut disertakan jadual perjalanan tetap bas nih setiap ujung bulan dan jugak time cuti sekolah (selalunye ari jumaat le)...keadaan bas...agak baik dan selesa sedikit berbanding bas tg malim 626 yg sering menjadi tunggangan fidomat setiap ari mencarik sesuap nasik kat KLCC, even bas tu takde aircon pon (lagi bagus drp kalau lubang aircon setakat buat hiasan dalaman aje mcm bas 626 tuh). rekabentuk dalaman, masih kekalkan ciri2 klasik sebuah bas Tata. tempat letak barang masih pakai besi palang yg diatur panjang dari depan bas sampai blakang. seat pon menggunakan rekaan klasik bas Tata berwarna biru gelap (satu warna aje, takde daya tarikan langsung, tapi lagi baik dari seat yg sampai kena lapik suratkabo lama mcm bas 626 tu). lantai pulak jenis besi keping yg bercorak tompok garis2 berselang-seli (stail standard bas loncat). loceng pulak jenis bulat dan tempat picit warna merah kat tengah. disusun disetiap selang 2 kerusi (susunan standard utk bas loncat jugak) dan cuma berbunyi "Ting...!" skali je bila di tekan. loceng ni seringkali jadi bahan sasaran utk menarik perhatian drebar bas ataupun saje2 nak bagi diorang sakit ati (masa tu drebar cuma 2 orang iaitu Pakcik Sharip Sisscorhand tukang kebun dan jgk Pakcik Meor kantin). kesimpulannya bas sekolah ni memang gaya bas loncat pon dan aku rasa JPN beli bas ni dari mana2 kompeni bas loncat yg dah nk rejek bas ni.

Masa naik bas macam biasak la, kawasan depan feveret untuk budak pompuan, kawasan blkg feveret utk budak laki, konon nak tunjuk rokers la, sambil buat kecoh2 kat belakang bas. "ala rilek la beb, dalam bas takde cekgu nak jerit, takde warden nak libas dan takde pak jamil nak ambush". masa ni yg konon alim dalam sekolah mula bukak butang baju atas tunjuk gaya retro, padahal bulu dada tak tumbuh lagi. yg ada baju t-shirt kat dalam lagi berani bukak semua butang baju tunjuk gaya macam diorang ahli geng GM pekan Ipoh. pintu pon memainkan peranan dimana pintu depan adalah tempat naik budak pompuan, dan pintu blakang tempat naik budak laki, biasakla naik ikut pintu blakang macho sket kene panjat ruang nombor plat bas tu sambil paut kat handle pintu tu. saje carik susah konon nak tunjuk hero boleh lompat ikut pintu blakang, walau penah terjadi ade yg terlepas pegangan ketika nak capai handle pintu tu, tapi tetap cover...macho kene jaga beb...tambah2 lagi depan budak pompuan. dalam bas bila tengah jalan mula la buat kecoh2, jerit2 la, nyanyi la, buat akrobatik / stunt dgn bergayut kat palang pemegang orang berdiri tu. best kot bila org dpt tgk tangan bergayut sambil kaki terayun mcm tarzan raja rimba lakonan barry prima tu. nasib baik aku tak penah tgk meolithic atau adik kembarnye bergayut kat situ, kalu tak nescaya palang tu boleh putus dan impak mereka jatuh ke lantai menghasilkan gegaran berskala richter yg besar serta bisa merobohkan bas yg berstruktur tak bape nak kuat.


Berikut adalah jadual yg aku ingat - trip wajib setiap kali nak cuti sekolah:

12.30 tengahari: trip pegi Ipoh.
-yg ni untuk mereka yg dok ipoh (lucadeketiak), yg nak meloncat ke destinasi lain spt pengkalan hulu, tg. malim (fdausamad), sungkai (tain3t) dan kawasan2 yg tak femes sgt dalam perak ni. masa ni sampai je mana2 muka yg baik mcm tain3t dan fdausamad akan trus berkejar beli tiket bas azra dan kemudian berkejar semula ke masjid negeri Ipoh utk tunaikan kewajipan solat fardhu jumaat. yg terus fly tah kemana tu tak tau la diorg singgah sembayang jumaat kat ceruk mana.

2.30 petang: trip pegi Taiping
-yg ni salah satu trip paling feveret utk warga azlan krn ramai yg asal dari area sana. trip ke taiping akan termasuk jugak mereka yg dok kat parit buntar, bagan serai dan sekawasan dgnnye. aku ingat dulu masa form 1 tekong trip gi taiping ni adalah brader Mandela (fidomat lu ada jumpa brader ni kat facebook tak?)

4.30 petang: trip pegi Teluk Intan.
-yg ni second feveret trip, sebab orang teluk intan merupakan warga kedua teramai yg menghuni azlan ni. trip ni lambat sket tapi masih dapat sambutan ramai, sbb mungkin tambang murah aje (tak silap aku non-stop sampai bas stand teluk intan tu cuma rm3-4 aje). termasuk budak2 yg tinggal kat area bote kanan, lambor kanan, kg gajah, changkat lada, semua boleh tumpang sekaki dan bas akan drop kat tempat2 tersebut sepanjang laluan ke teluk intan.


p/s: jadual ni tertakluk untuk bas sekolah aje. untuk bas-bas lain seperti General (ke Ipoh), Perak Roadways (ke Ipoh), Restu (ke Kolumpo), dari pagi sampai tengah malam sila rujuk di belakang kelas 3 Ibnu Sina (bagi penyusup2 lubang anjing tengah malam).


Dan kini, bas legend tersebut aku percaya telah menjadi bas non-feveret...kerana....
dah ada bas baru....

p/s: Editor ada gambo bas lama tak? tlg sumbingkan (sambil jari menolak bibir atas)...eh silap...tlg sumbangkan






Bas baru sekolah ni hah...siap aircon, bas jenis bas express punya. aku ingat 1 malaysia pon boleh travel guna bas ni...

Baguihnye budak2 azlan skrg...dpt naik bas yg selesa ni. harap kome dapat makmur dan masyhurkan sekolah mcm kami buat dulu, malah lebih ganaz lagi dari kami ni...

8 comments:

faizal said...

bang tapa camner ko leh ader kat situ???

TAIN 3T said...

haha kebetulan beb...bas maktab aku (kat blakang tu) bertembung dgn bas skolah. ni UTP fidomat la gatal nk panggil budak maktab pegi dgr nobel laurett tu lagi

kuehbangkit said...

tul tu! dah merata dah bas baru ni berjalan. Aritu keme ke Nilai 3, sekali ternampak bas baru SMKASAS ni dok park kat tepi tmpt makan,usha gak keliling, nampak le Ustazah Rodziah...sempat juga bergambo dgn bas baru ni...rasa semangat keAzlanan naik kembali haha. Dgr nye deme ade Ihtifal SMKA seluruh M'sia, kire vangga jugak la, sbb bas pun dah baru...lebih la dipandang tinggi oleh SMKA2 lain yg baru...

Luca De Ketiak said...

kamu jumpe dawi cahyono tak tapa?

TAIN 3T said...

hahaha gampang aku takde masa nk cari2 personal2 yg takde kaitan ni.

tapi aku still ingat lagu budak tu:

"Woo...katakan dirimu itu...
DAWI CHAYONO...(dewi kayangan)"
-NURNILAM SARI: SEARCH & AWIE

Anonymous said...

smart pulak aku tgk si tapa ni dok tepi bas..

Anonymous said...

smart pulak aku tgk bas ni dok tepi si tapa

TAIN 3T said...

gua mmg smart sejak azali