Showing posts with label old boy sekolah azlan. Show all posts
Showing posts with label old boy sekolah azlan. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

add la pozan kome woih!

pada siapa-siapa yang belum tahu, pozan dah ada fesbuk. lama dah pun. tapi dia selama ni dia hanya add budak-budak bainun.

so, sekarang ni dia dah terima budak azlan selaku kawan sosialnya. jadi, jangan lupa add dia di fesbuk.

search: Mohd Faudzan. memang banyak mohd.faudzan yang akan keluar. so kalau dah lupa pozan yang mana, yang paling tak hensem tu, dia la..

kalau kome add dia, kome berpeluang makan free di kedai beliau. tak heranlah kenapa meor antara terawal ada list fren pozan, ye dok?

Tuesday, August 3, 2010

SUMBING...???

Kome mesti pernah dengar perkataan SUMBING kan?

Perkataan ini merujuk kepada benda2 kaca atau plastik seperti pinggan atau cawan yg ada sedikit kecacatan.
Contohnya:

"Cawan ini SUMBING." (lihat gambar dibawah)



(perhatikan betul2 terdapat sedikit bekas yg mcm terpecah sikit kat dasar cawan tu - yang dipanggil SUMBING)









###############################################


###############################################


###############################################


Namun tahukah anda SUMBING ini boleh jugak digunakan untuk menggambarkan kekurangan pada kita sebagai insan?

Kisahnya seperti biasa terjadi dalam suasana harmoni dan ceria budak2 Azlan laa..Cenggini:

Satu petang yang hening diselitkan dengan riuh rendah suara pelajar2 Azlan yg bersiap2 mandi, pegi makan malam kat dewan makan (yg jadi tempat fobia Ketua Pustakawan pada setiap pagi Khamis), dan ada juga yg dah berjalan menuju ke masjid, bersiap2 menyucikan diri sambil berwuduk, duduk dengan tertib dan senyap sambil membaca Al-Qurannul Kariim sementara menunggu masuknya waktu solat fardhu maghrib bagi jajahan bote dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. tak kurang juga ada yg berbual sesama sendiri malah ada jugak yg mengambik kesempatan utk tido sebentar (budak2 Azlan ni semuanya jenis tak cukup tido, dimana2 saja pon boleh tido).

Disudut hadapan sebelah kanan masjid adalah tempat berkumpulnya jemaah2 dari kalangan pelajar Form 4. memang setiap hari situlah tempat deme semua berkumpul. kebanyakannya cuma mengisi masa dgn bersembang antara satu sama lain. adela 4-5 kerat yg mengisi masa terluang dengan membaca Al-Quran seperti meolithic, lucadeketiak, padilazim dan Ketua Pustakawan sendiri. tak kurang ade jugak yg keluar masuk kat pintu kiri tu, tah apekebendanye yg diorg carik, ataupon sengaja keluar masuk nk tgk sandal diorg takut kena kapok.

Sambil ramai yg keluar masuk tu, ada 2 org insan yg sedang bertelingkah kecil sesama sendiri, iaitu Wahab dan Sabri Sidik. Halnya kecik aje, Wahab suruh Sabri Sidik pegi azan sebab dah nk masuk waktu tapi Sabri Sidik menolak.

"Wei Sabri, pegi la azan cepat, dah nak masuk waktu dah ni," gesa Wahab.

"Taknak la aku..." Sabri Sidik terus menolak gesaan Wahab.

"Eh, cepat la, semua student baru kena ambik turn azan tau..." jelas Wahab lagi sambil menggesa sekaligus memancing. Kebetulan Sabri Sidik memang dari senarai murid baru (daftar masuk Form 4)

"Ala ramai lagi yg belom azan la..." Sabri Sidik masih tak mau mengalah.

"Wei hang sorang lagi je tak azan tau, Kurut, Anas semua dah sudah..." Wahab mengukuhkan gesaannya.

"Aku tak boleh azan la Wahab...suara aku SUMBING...!!!" Sabri Sidik menolak lagi dengan alasan kukuhnya.

Wahab pon mula la dah rasa malas nak suruh lagi. Biarla, tak jadi aku nak pressure dia hari ni. takpela nanti ade peluang aku boleh pressure lagi. Namun, hatinya cepat menangkap sesuatu. Sebaris ayat terakhir dari Sabri Sidik tadi mengusik fikirannya, mengingatkan sesuatu. Lantas Wahab menoleh kembali ke arah Sabri Sidik.

"Wei, amende hang cakap tadi...? Suara hang SUMBING...???" Wahab menyoal kembali dengan lagak penyiasat persendirian.

"Ha...ah...." Sabri menjawab dengan agak perlahan. Mungkin dia pon teringatkan ape yg Wahab ingat tu. Tapi standard tetap kena jaga. Cover tetap kena cover takut nanti Wahab yg terkenal dgn kaki pressure nya tu terus mempressure berterusan sampai ke bilik prep kan. Lalu skill cover tahap pertamanya ditunjukkan dengan harapan dapat menangkis sebarang pressure dari Wahab. Begini skill cover tahap pertama beliau (lihat gambar dibawah):













Wahab yg melihatkan aksi bersungguh2 Sabri Sidik tu terpaksa bersabar menahan ketawanya yg dh mula membuak2 nk terburai kerana menghormati suasana dalam masjid, tambahan pula niat i'tiqaf dah dibaca awal2 masuk masjid tadi, takut terbatal lak sebab buat perkara lagho. Jadi sepanjang solat maghrib tu setiap kali menoleh ke arah Sabri Sidik pasti Wahab akan tersengih2 sendiri. Sabri Sidik pula buat2 tak nampak Wahab padahal dalam hati memang tgh panas gila.

Jadi tibalah masa yang dinanti-nantikan, masa prep malam. Semua kutu2 form 4 berkumpul kat Wahab utk dengar cerita sensasi yg dah dihebahkan awal2 lagi lepas sembahyang tadi tu. Sambil bercerita dengan gaya dan nada yg bersungguh2, Wahab turut menunjukkan gaya aksi cover yg dilakukan oleh Sabri Sidik tadi (rujuk gambar). Dan...apa lagi, masing2 berguling2 gelak kerana gaya dan cara cover yg unik oleh Sabri Sidik yg tak pernah dibuat orang dan memang....HAAAAAHHAAAAAAAAHHAAAAAAAAAAA..... lawak!!!

Friday, July 23, 2010

tribute kat sorang kawan

ni zaman form2.time budak2 pompuan tetiba jadi matang.heh.

satu subuh gua sudah terlambat.hari ni pak chat jadi warden. dia ni garang.

gua sempat selit masuk dlm dgn kawan gua baru masuk azlan.pas semayang kitaorg duduk dlm.pak chat pegi depan n sound semua orang.

~sapa lambat tadi angkat tangan~.

gila la nak angkat tangan.yg angkat pun adik2 form1.biasa la tu.diorang kan masih suci.

gua kerling sebelah.tgk kawan gua td mcm teragak2 nak angkat tangan atau x. utk 5 saat pertama gua terharu atas kejujuran kawan gu. tp cepat2 gua ke alam realiti lalu gua bagi isyarat - kalau lu angkat tangan, memang mampos. ni bukan menempah mati syahid tp mati katak.

kawan gua paham dan x jadi angkat tangan.gua selaku budak baik ajar kawan gua supaya x jujur.dlm masjid lak tu.x patut betul.

tp tu 14 tahun dulu..

sekarang kawan gua telah membesar menjadi seorang pengketiak tegar..daripada saufy nizar kepada LucaDeketiak..gua suspek dia ni mungkin 2 entiti berbeza.

mungkin.

p/s - terima kasih sekolah azlan kerana mendidik kami sampai jadi macam sekarang...

Wednesday, July 21, 2010

kawan aku yang comel

helo!entry gua ketiga!

td gua pusing2 pekan kajang carik pasu bunga utk mak mertua.

tengok pasu bunga teringat gua kat subjek KH.cikgu nasir ajar.sempoi abis.

masa gua form 2, kalau kelas KH kena gabung kelas. kelas bukhari ngan haitam. kelas KH biasanya buat kat lab biologi/kimia area bangunan lama.

satu hari kelas KH macam biasa cikgu nasir suruh sorang2 berdiri apabila dipanggil. gua budak masjid so duduk kat depan.yg nakal2 duduk belakang. cikgu nasir tanya gua, gua berdiri dan jawab soalan.settle.

sampailah ke giliran kawan gua bernama muttaqin abd latif. beliau yang pada ketika itu comel orangnya (masa tu kan form 2) duduk di belakang telah diseru oleh cikgu nasir untuk berdiri menjawab soalan. lalu muttaqin pun berdiri dan menjawab soalan cikgu nasir.

tetiba cikgu nasir semacam x puas hati lalu sound muttaqin yang bunyinya lebey kurang seperti berikut:-


~muttaqin, kalau jawab soalan saya, awak kena berdiri, bukan duduk~


padahal gua tengok muttaqin dah berdiri. gua senyum sendiri.

Monday, July 12, 2010

TEKA SIAPA SAHABAT KOME?

Gua malas nak paparkan teka teke teki dalam adakah anda lebih pandai dari budak darjah 6, sbb teka teke teki ni just utk klan2 gua dari azlan dan especially batch SPM99.

Soalan kacang je:
Cuba teka siapakah orangnya berdasarkan kata-kata hikmat yang dinyatakan? Semua orang yg dinyatakan adalah terdiri dari budak Azlan SPM99...


1) "No Woman, No Cry, No Son of a Gun N Roses"

2) "What's Up Doc, what's up rabbit?"

3) "Smiles cost nothing especially when they see you korek idung and celet di tingkap masjid"

4) "Sesungguhnya belut itu lebih licin drpd minyak, dan minyak itu lebih mahal dari belut"

5) "Dalam menghadapi realiti kehidupan sikap mengorek taik idung dan celet merata hendaklah dijauhi"

6) "Style, Quality, Excellent, FLY is the best"

7) "I'm the transcendent coz I fire loudest bomb inside the masjid (in front Ust. Zahidan)"

8) "Jangan pandang pada nama, pandang pada orangnya, rakus atau sebaliknya"

9) "Just say you cannot get seluarpendiks!!!"

10) "Kaiyuh Baimbai matlamat cita-cita kami, motor Jaguh tunggangan kami!!!"

11) "Jadilah Orang Yang Sejati, jangan asik tiru the Matrix"

12) "Kalau takut dilambung ombak, jangan selalu makan roti inti kacang!!"

13) "Sesungguhnya mereka yang dipressure tidak dapat mengelak, kecuali mereka sendiri mengubahnya"

14) "Be good or be gone, always check your zip or give me outing!!!"

15) "Terimalah roti canai, kamu pasti berkata, tepi...tepi...tepiiiiiii...!!!"

16) "Marilah kita jadi imam yang baik, jangan lupa jadi pelawak yg loyar buruk"

17) "Ijtahid walaa taksil!!! Jangan berhenti sebelum cramp!!!"

18) "No more Mr Nice Ass or Mr Toyol Berdagu Panjang!!!"

19) "Pandangan hati itu hakiki jika bersih, pandangan mata kabur & blur bila terperosok dalam longkang depan sekolah"

 p/s: Rujukan utama: An-Naqib Edisi 1999.
       Soalan akan di update dari masa ke semasa (bergantung kepada kemahuan penulis).