Showing posts with label misteri budak azlan. Show all posts
Showing posts with label misteri budak azlan. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

term-term yang selalu disalahguna boleh budak azlan siri 1

Hola!gua dah lama x masuk budakazlan nih!

banyak dah entry pasal ed ngan pidomat ni!ada apa2 ke?heh!

gua tengah berkira2 nak buat aqiqah utk anak gua tetiba gua teringat amalan khurafat di azlan menyalahgunakan tajuk yang sama.

budak-budak azlan ni memang selalu menggunakan ayat yang sama dengan sesuatu amalan tapi konsep mmg lari abis.

Aqiqah pengertian betul dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Tapi di azlan aqiqah membawa maksud menghimpap rakan secara berjemaah sebagai tanda persahabatan sejati.ada iras-iras main ragbi tapi lebih mesra.unikkan?

satu hari kalau aqiqah tidak diamalkan memang tak sah hari tu.

selalunya setiap orang merasa amalan aqiqah atau 'kekah' dalam bahasa pasarnya.

amalan aqiqah ni selalunya dilakukan di tempat awam-bilik prep, bilik asrama dan lain2.kadang2 kat lokasi air terjun pun jadi.gila ah!

selalunya amalan ini dimulakan dengan laungan 'kekah' dan seterusnya pelaung dan rakan2nya akan mencari mangsa untuk diaqiqahkan. Namun kadang kala oleh kerana tiada mangsa, si pelaung pun boleh diaqiqah. tak caya tanya atuk.

tapi kemuncak aqiqah ini berlaku apabila satu malam asrama tiba2 black-out.maka sekonyong-konyong terdapat beberapa orang (nama dirahsiakan) memulakan aqiqah.

tengah beramai-ramai beraqiqah tu tetiba dari pintu bilik prep datang kaki menyepak semua orang terlibat dengan brutalnya seraya menjerit.

ni apahal main himpap2 ni!keluar sekarang!

gua dah awal2 lagi nampak mamat yang menyepak tu.sekali ustad mus daaa

apa lagi.bertempiaran la lari semua orang.yang mana sempat memang dah berkelik di sebalik meja yang ada. yang kena tangkap memang mengucap syahadah dan takbir tanda syahid pada malam tu.

selepas malam tu, tiada amalan aqiqah lagi di azlan. agaknya ustad mus dah keluarkan fatwa pengharaman aqiqah menggunakan kaki beliau yang tebal tu.

sekian.

nanti gua cerita satu lagi term salah di asrama -sodom (solat dalam dorm bukan perilaku sodom)


Wednesday, July 21, 2010

JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI.....MISTERI...???

Rasenye ade beberapa peristiwa yang sampai sekarang kita masih tak tau jawapannye...kejadian yg berlaku kekal jadi misteri...walau pelbagai usaha yg telah dilakukan dan pelbagai cara2 seperti jumpa tok nujum, refer ahli psikik, gunakan teknik ilmu ghaib, tapi jawapan yg dicari masih menyepi dan kes demi kes kekal jadi misteri.

Antaranya:

1) Siapa buang najis dalam dorm Bilal dulu?
- di satu subuh yang hening, ketika jam loceng bersahut-sahutan mengejutkan juniour2 form 1 utk bangun mandi dan pegi semayang subuh (waktu tu jam paling grand adalah kepunyaan habib rahim al-banjari - jam jenis bunyi azan punya...). masa tu budak2 dorm bilal pon bangun jugak la, selepas dikejutkan oleh ketuanya mohd nazri a.k.a babad ganja. tapi tiba2 terdengar jeritan dari tengah dorm.

"Woi sape punya kerja ni...!!!???"
"Habis cadar abg zafri ni woi...!!!"
"Gampang sape punya kerja ni..."

Semua tertumpu pada suara tersebut yg dimiliki oleh Hakim Adnan, yg tumpang tido katil abg zafri naqib (bukan muhammad naqib - en bahakodin) dorm bilal. Semua nampak badan hakim yg masih berbalut dengan selimut berpalit dengan ketulan2 najis orang yg besar2 belaka. setiap ketulan dianggarkan sebesar penumbuk budak umur 9 tahun. semua. Lalu kecoh2 la semua budak dorm bilal saling bertanya sesama sendiri sape punya keje yg pegi buang najis kat sekeliling hakim tu. kedudukan najis2 yg dibuang tersebut seolah telah dirancang dengan teliti dan rapi, elok aje tersusun keliling katil termasuk celah kaki si Hakim tu. Hakim pulak telah membuktikan dirinya bukan punca onar tersebut kerana seluar tidurnya masih lagi putih bersih tanpa secalit najis pon. Jadi siapa punya kerja...??? Adakah angkara durjana dari luar??? Tak mungkin kerana pintu dorm terkunci kemas dan rapat dari dalam.

Lalu keluarlah pelbagai teori yang disokong oleh bukti2 yang kurang kukuh untuk menyelesaikan kes misteri ini. macam2 versi atau pendapat yg diutarakan demi untuk mencari sebuah kebenaran yg kukuh. Ada yg kata terdengar bunyi seseorang masuk dari luar, tapi bukti yg tak logik kerana pintu dorm kunci rapat kaw2 dr dalam. Ada pulak teori dari Adli a.k.a Toyu/Tocu yg menceritakan pengalamannya ketika terjaga di tengah malam waktu kejadian. Ramai teruja bila dengar cerita si Toyu menyatakan dia terdengar bunyi seolah dengkuran atau seperti seseorang tengah berkeroh, kroohhhh... masa dia terjaga tu. masing2 tertanya sape pulak yg boleh buat bunyi mcm tu dalam dorm ni. Ataupun mungkinkah...entiti yg berbunyi mcm tu di malam tersebut yg menyimpulkan bahawa kejadian onar tersebut angkara sang entiti. Tapi tak logik laa...kerana ramai yang menyangkal bukti tersebut sekeras-kerasnya.

Apakah langkah penyelesaian yang diambil oleh budak2 dorm bilal pada masa tu? sama2 kita tunggu sambungannya...tah bila ikut kelapangan aku nak tulis lagi...