Showing posts with label cekgu cikgi azlan shah. Show all posts
Showing posts with label cekgu cikgi azlan shah. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

GURU-GURU THE LEGEND

Berape lame daa gua tak menyumbang ke blog ni...alasan paling biase...takde masa, sebok keje dan sebok dgn family. so arini gua cuba melapangkan diri yg selalu sebok ni utk menyumbang entry lg...tajuknye...mcm yg kt atas tu laaa.

Guru-guru Azlan tak kurang juga hebatnye di mana ramai yg boleh dikategorikan sbg the legend seperti Faizal Shahril The Legend tu. guru ni terkenal bukan sbb mcm Faizal Shahril The Legend tu yg akan bertempik ... TEPI...TEPI...TEPI...!!!! pada setiap subuh khamis. tapi guru-guru ini seringkali menjadi sebutan atas sebab ciri-ciri dan penampilannya serta barangkali kehebatannya dalam mengajar di sekolah.

Mari kita kenali guru-guru kita yg legend tu:

1) Allahyarham Tn Hj Suhot b Hj Sayuti.

legenda arwah pengetua kita ni mmg takleh dinafikan la sebab dia antara pengetua yg paling banyak kali keluar masuk sekolah. mula dr zaman tembakau (scene kena rotan kat tapak kaki) sampai la kita semua keluar sekolah pada tahun 1999, still arwah ni jd pengetua kita. budak2 kita ada jugak yg merasa penangan rotan dia (scene lightsaber bagi pengantoi fly keluar gi manjung).

2) Tn Hj Zahari b Ahmad Zarani

legenda beliau adalah kerana menjadi seorang penolong kanan hal ehwal murid (HEM) yg paling berkaliber dikalangan pelajar azlan. seringkali jadi tumpuan pelajar setiap kali ada masalah berkaitan peribadi, dan tak kurang jugak menjadi tumpuan pelajar setiap hujung minggu kerana nk balik kampung atas sebab beliau juga merangkap ketua warden dan warden yg senang sket nak mintak balik kampung atau keluar pekan. (tak caye tanya pakar mintak balik kampung berpengalaman luas, sedara Ruhizat Kambing a.k.a Majistret Ipoh).

Lagi satu beliau ada ayat trademark yg femes iaitu setiap kali nk memulakan ucapan dalam masjid (lepas semayang)...."Saudara imam.., para warden.., guru-guru...serta para pelajar sekalian." Sedara paeh selalu tambah hujungnya... "dan t-shirt joe jambul." (tah ape kaitannye gua pn xtau).

3) Allahyarham En. Mohamed b Itam Hamid.

Arwah lebih dikenali dengan panggilan cikgu mat itam (gabungan nama dia dgn bapak dia, sama mcm fidomat: firdaus + ahmad). juga dikenali dgn gelaran cikgu Mat Aura. kehandalan beliau terbukti dengan kehebatannya mengajar geografi serta berpengalaman luas dalam ilmu kegeografian. namun kelegendaan beliau yg paling hebat yg tak dapat ditandingi oleh guru-guru yg lain adalah AURA beliau semasa mengajar. takde cikgu lain boleh celen beb. aura beliau bukanla seperti aura laga hitam atau aura alam semesta mcm komik alam perwira tu, tapi ni AURA MENGANTUK. semua pelajar telah merasa, setiap kali tiba waktu dia nk masuk mengajar, pasti aura ni akan menyelubungi kelas on the spot. jika anda tak hafal jadual kelas, dan nk tau time cikgu sape lepas tu, kalu anda tiba-tiba diselubungi aura mata nk terpejam, maka anda tau la masa tu adalah geografi yg diajar oleh cikgu mat itam.

4) Ust. Mustapha Kamal b Ahmad Kasim.

Guru + Warden ni terkenal dgn kebrutalan dan keganasannya dikalangan pelajar. hasil keluaran kem wataniah (kat mana tak tau la), beliau telah aplikasikan ilmu ketenteraan dalam usaha mendidik dan membentuk budak-budak azlan yg kebanyakkannya mcm nk hancus je.laungan serta tempikannya menjadi trademark kat aspura yg mana kadang-kadang kedengaran sampai aspuri terus. libasan penampar padu maut serta starlight menjadi hukuman feveret utk budak2 azlan selain pumping serta guling sebagai hukuman sampingan (lihat kisah the punishment). beliau juga merangkap public phone / operator talipon untuk budak aspura sbb beliau ada handphone masa tu, jadi mak bapak yg nk talipon cakap dgn anak2 akan kol talipon dia, dan masa tu dia akan laung budak sehabis suara panggil turun tanpa perlu gunakan mic asrama (sila tanya sedara padil azim).

5) En. Hasnan b Basri

Sangat terkenal juga dgn kebrutalan beliau dalam menangani kes pelajar. senjata paling ampuh beliau adalah pelempang dan backhand je (tanya sedara meowlestik dan padil azim). cara yg lebih mudah dan ringkas, silap sket je, hayun terus. Kereta beliau jugak turut dikategorikan agak legend, kerana mempunyai bunyi hon pelik seakan2 hon motor india jual roti. tapi budak2 azlan yg dh arif dan kenal bunyi tu, akan terus jadi berwaspada tiap kali mendengarnye. yg mana kaki law-breaker yg sebelumnya brutal tahap suria perkasa hitam akan drop terus terketar2 sampai terkentut (mcm meowlestik).

6) En Zan Asri b Tasir

Guru idola dan kesayangan bagi murid2 kelas 5K kerana kehebatannya dalam menyampaikan ilmu matematik tambahan yg berkesan kaw2 (ramai budak2 5K jadi scorer). namun beliau ditakuti atau beliau sendiri anti kepada kelas2 selain 5K iaitu 5H, 5B dan 5S. sungguhpun beliau kurang gemar pada kelas 5S tetapi beliau tetap suka mengunjungi kelas 5S kerana 2 sebab iaitu mengacau Raja Farah (syok kot) ataupun mengintip gerak geri meowlestik (meowlestik sering jadi perhatian beliau mungkin kerana beliau turut minatpd meowlestik). legend beliau terletak pada trademark jambang memenuhi hampir separuh muka dan pandangan yg sentiasa condong 35 darjah yg disukat menggunakan teori janjang arithmetic (atau mungkin dh ditukar kepada jambang arithmetic). selalu menggemparkan (menyound tak tentu pasal) pada kelas2 non feveret beliau, katanya semua kelas lain pemalas tak mcm 5K. tapi dikalangan budak 5K ada jgk yg non feveret beliau iaitu sedara asri shuhim atau seluarpendiks. katanya asri adalah dari kalangan pengikut-pengikut kepala setan dari kelas 5H iaitu botak yg dilabel kepala setan dan termasuk pengikut ciliknya iaitu sedara don yg digelar setan kecil.

7) Pn Sazni bt Ibrahim

Guru kelas 5S ni cuma ada satu legend dia yg paling aku ingat skali, iaitu ketinggian level bahasa beliau. Kenapa? sedara haizad fahmi (adik kembar meowlestik) pernah cilok satu sajak dari penyajak terkenal tanahair (tak ingat sape) untuk siapkan keje skolah beliau. harapannya berbunga2 nk dapat markah paling tinggi, sbb sajak tu nukilan bukan sebarangan orang. tapi hampanya sedara haizad, apabila sajak yg dihantarnya cuma dapat markah 60 je (xdpt A pon). alasan cikgu sazni ada;ah sajak beliau kurang makna ataupun pengertian yang kurang mendalam, sajak yg sraight fwd je maksudnya. selepas kejadian tu barulah disedari bahawa taraf bahasa beliau sangat tinggi mengalahkan sasterawan2 tanahair yg tersohor.

8) Tn Hj Muhammad Yazid b Abdul Aziz

Guru bahasa arab yg terkenal dgn kelantangan dan kebisingannya. seringkali jadikan pelajar perempuan sebagai sasaran menyakatnye. mengajar bahasa arab tahap tinggi 5K dan jugak 5B. suka cubit kaw2 kat budak lelaki sementara budak perempuan selalu kena taji tangan atas meja. paling brutal adalah budak kelas 5B kena ketuk ketampi 100X (tak ingat sbb ape) sampai 3 hari 3 malam budak2 tu jalan tak betul (ngangkang aje).

nanti sambung lagi...banyak lagi guru2 legend kita...

Tuesday, July 20, 2010

gipang a.k.a gila pangkat


gua dengan gipangnya dah report kat cekgu zan pasal entry padil kat bawah. harap2 lepas gua report ni, cekgu zan terbuka ati nak bayar elaun ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang patut gua dapat tapi dia tak penah bagi.

Monday, July 19, 2010

kenapa gua x berapa ngam dgn che'gu zan

ada kisah kenapa zan x berapa suka dgn gua

satu rehat, tatkala sudu-sudu berterbangan(rujuk entry terdahulu), gua diseru oleh Che'gu Zan dari jarak jauh. untuk mengelakkan pandangan serong kawan2, gua pun dengan cepat2 mendapatkan che'gu zan yang tgh makan sorang2.

sampai tempat che'gu Zan, gua dihulur dengan cekodok. Wah, baik gak che'gu zan ni, cekodok pun nampak sedap, getus hati gua. Lalu dengan sukacitanya, gua pun melahap cekodok che'gu yang sedap dalam tupperware merahnya.

Tengah mencekik, tiba-tiba che'gu berkata sesuatu yang gua memang terkejut abis.

Fadil, saya bagi kamu makan cekodok ni, kamu jadi spy saya utk meorsepul.

Gua terkelu. Tapi cekodok masih dikunyah.

Dalam hati gua ada 2 opsyen:-

a) Terima pelawaan che'gu - gua akan dipandang tinggi oleh zan, silap2 setaraf dengan m saiful tajudin, kurt shaharudin dan anas firdaus. Mungkin juga gua akan dapat soalan2 rahsia spm matematik tambahan.

b)Tolak pelawaan che'gu - gua akan dilabel penjenayah dan sentiasa dipandang serong oleh che'gu zan. Bukan pandangan yang serong tp che'guzan akan memandang secara serong 45 darjah.

Fikir punya fikir, lalu gua memilih Opsyen B. Biarlah gua x pandai add math, yg penting gua ikhlas dan suci utk mengekalkan persahabatan dgn meorsepul.

Lalu che'gu pun mengambil semula bekas cekodok tersebut dan bermulalah kisah gua yang tak berapa ngam dengan che'gu zan. Semuanya kerna meorsepul.

Tapi gua x menyesal. Gua sayang kawan gua. Bukan che'gu zan dan cekodoknya.

fakta:-
sehingga kini gua masih tertanya2 kenapa che'gu zan sangat berminat dengan meorsepul.
ada sesapa tau??

Sunday, July 18, 2010

cikgu aso

selaku guru bahasa, selain daripada memperbetulkan penggunaan ayat, mereka juga dapat mengenalpasti cara tulisan dengan identiti seseorang dengan baik. selain daripada tulisan di dalam buku, maka tulisan-tulisan lain tidak terkecuali termasuklah di dinding, pintu tandas mahupun pintu koperasi asrama.
maka alkisahnya seorang guru bahasa melayu cum warden asrama ketika itu, en Ashaari Omar (aso) telah melawat asrama dan matanya tertancap pada pintu koperasi asrama:

'zan was here'

setelah mengamati tulisan tersebut beliau memutuskan bahawa tulisan tersbut milik pelajarnya ayan.kebetulan pula ayan berada di kawasan berhampiran lalu dipanggilnya.

azhan, ni tulisan kamu kan?

ayan pun dengan muka seriusnya - tak cikgu, bukan saya yang tulis.

walhal semua orang tau tulisan tu milik ayan.x payah susahkan CSI siasat

lalu Aso mengerutkan dahi & beredar dengan anggapan sememangnya zan telah menulis pada pintu koperasinya sendiri.

fakta:
1.zan yang disebutkan adalah guru koperasi asrama
2.ayan adalah ahli koperasi asrama
3.koperasi asrama mmg best sebab kita boleh makan snek tanpa perlu bayar dulu ataupun buat2 lupa nak bayar.

wallahua'lam.

Monday, June 14, 2010

Wednesday, April 14, 2010

ustaz zahidan yang disayangi... - part 2

lu orang nampak tu camne kalo dia punye sayang.. ha..

ustaz zahidan yang disayangi...

budak ni selambe je "ko-ko" dengan ustat zahidan.

dia ni konfem tak tau ustat zahidan tu suka cubit tetek budak2 laki. sakit oo..