Situasi: Di kantin pakcik meor,Botak ingin keluar ke pekan pada petang
hari persekolahan dan sedang merayu kepada warden bertugas iaitu
en.jamil.
...
"Tolongla saya pakcik jamil, saya ada hal penting nak keluar ke pekan
ni..." rayu botak bersungguh2 dengan harapan agar permintaannya
diperkenankan. tapi malangnya dia yang terkenal dengan ke'wanted'an tak
dipedulikan langsung oleh en.jamil.
"awak tau tak hari ni hari
sekolah mana boleh keluar pekan. kalau nak keluar jugak tunggu la hari
sabtu, memang hari untuk awak keluar pon" tegas en.jamil sambil
mengulangi benda yg dah sedia semua pelajar tau.
tapi botak
masih tak berputus asa teruskan rayuannya yg tak sudah "tolongla pakcik
jamil...penting sangat ni saya nak keluar pekan" padahal setakat nak
beli beberapa naskah komik tony wong serta beberapa peket megi kerana
dah jemu makan karomah.
"sudahla...kamu pergi la masuk kelas
prep awak balik" arah en.jamil sambil bangun dari tempat duduknya. malas
beliau nk layan botak lebih2. tetapi botak yg mmg dikenali dengan
ketajaman matanya pantas memerhatikan sesuatu yg menarik perhatiannya,
lalu fikirannya pantas menaakul, yg perkara menarik itu boleh digunakan
untuk membuat sedikit ugutan.
"pakcik jamil, saya ada satu
rahsia pasal pakcik ni, kalau saya bagitau pakcik kena bagi saya keluar
pekan" dengan harapan botak jeratnya mengena.
"ahh..takde2...awak balik kelas prep awak" en.jamil masih lagi taknak
melayan. botak masih tak mau berputus asa, terpaksa gunakan senjata
terakhirnya.
"PAKCIK JAMILLL...ZIP TAK TUTUP!!!!!" botak
terpaksa bukakan rahsia besarnya sebagai senjata terakhir. en.jamil yg
terdengar jeritannya on the spot check seluarnye...aisehmen...sah la...
botak dan rakan2nye gelak habis-habisan memerhatikan dari jauh en.jamil
secara cover2 menarik zip seluarnya. jadilah dapat jugak gelak puas2
walaupun botak akhirnya kecewa jugak sebab tak dapat keluar pekan...