Thursday, October 28, 2010

ihsan sudah jadi ayah

ihsan sudah jadi bapak.

tak kenal ihsan? lu orang memang bukan budak sekolah azlan yang true.

kalau tak kenal, tapi nak kenal jugak, klik SINI.

Monday, October 18, 2010

cikgu besau

benda ni aku mals citer kat orang.. tapi aku nak cikgu2 yang ngajar mamat ni nyesal kater dia sampah masyarakat lah, aper lah..semua tu dulu...semasa dia kawan2 dengan jin2 jahat...
sekarang dia dah kembali ke panggal jalan...

kalu dulu...diri dia hina lebih dari hina kambing di tepi jalan...tapi ler ni dia dihormati dek kerna jasa2 murni yang ditabur pada masyarakt....dan siapa nak sangka..dalam sekelip mata dia berjya jauh meniggalkan pak nan, aso, ustad yazid, ustad mus...kalu cikgu longo dan cikgu ijok memang ler bukan saingan dia....

dah a...mals nak citer panjag....tahniah cikgu besar meor.!!!


..................................................................................
p/s :....bagga aku bro ko dah jadi cikgu besau!!!

Thursday, October 14, 2010

rosli mat isa & liga asrama

demam bola sepak bpl sedang membara!

ramai sokong man utd la, chelsea la, liverfool la. gua mcm tahun2 lepas follower satu team yang baru2 ni sambar rafael van der vaart..team apa?berani rentap dulu la baru tau.

dulu-dulu budak2 azlan ni pun ada liga bola gak. Liga asrama.mmg tiap-tiap tahun x penah miss punya.

nama-nama team memang gempak abis.time pendaftaran gua masih ingat nama team gua : cruz azul. tapi bile nak berentap terus tukar jadi team kelab2 arab. beza kelab arab ngan team kitaorang ni - team arab semua kaya-raya, team kitaorg pakai kaki ayam, minum air baldi je.

selalunya nepotism mmg selalu nampak la dlm liga asrama ni. yang mcm terer-terer semua masuk satu team (ala-ala team skool player la ni..cuma nama x rasmi je).yang lain2 semua pakat2 team lain.mana x berat sebelah.

selalunya macam biasa la.setiap team ada 11 player, 9 main 2 sub, plus 1 manager merangkap pemain tambahan dan pembancuh air.gua macam biasa manager lah.kaki pun bangku.kalau team menang, memang player lah man-of-da-match.kalau kalah, manager lah man-of-mis-match. ceh.

dlm team yang dimanage oleh gua (kononnya), gua ada sorang player versatile yang boleh diharapkan.nama beliau adalah rosli mat isa@roseli@seli. beliau ni boleh bertindak sebagai pemain tengah bertahan mahupun penyerang. bertubuh agak kecil tapi sasa. teringat mendiang chris benoit.

setelah sekian lama dalam perlawanan liga, kami dalam match nak layak ke separuh akhir.masa tu kena lawan adik form2 atau 3. strategi memang dah dirancang baik punya. main punya main kami dah leading 2-1.

dalam match yang direferee oleh achmad dzaerian (abang pengakap power), sedang sedap2 pemain versatil rosli membawa bola (dengan kaki), tetiba baek punya kaki slide tackling roseli. achmad dzaerian tiup wisel.preep preep!

gua selaku team manager ingatkan insiden tu dah abis kat situ. sekali roseli bangun terus lanyak penekelnya balik depan2 ref lalu berteriak:

tangan ref, tangan!

padahal semua orang kat padang nampak dengan jelas roseli melanyak penekelnya dengan bersahaja.

achmad dzaerian sambil geleng kepala terus melayangkan 2 kad.

kad kuning untuk penekel rosli
kad merah untuk rosli yang melanyak penekelnya.

ingatkan nak kesian kat rosli. tapi kesian kat penekelnya yang lumatkan oleh rosli mat isa.

maka tinggal la 8 orang satu team. sib baik menang.kalau tak, gua rasa rosli memang kena lumat balik la dengan team member.

begitulah suka duka liga Asrama di sekolah azlan.

Sunday, October 10, 2010

GURU-GURU THE LEGEND

Berape lame daa gua tak menyumbang ke blog ni...alasan paling biase...takde masa, sebok keje dan sebok dgn family. so arini gua cuba melapangkan diri yg selalu sebok ni utk menyumbang entry lg...tajuknye...mcm yg kt atas tu laaa.

Guru-guru Azlan tak kurang juga hebatnye di mana ramai yg boleh dikategorikan sbg the legend seperti Faizal Shahril The Legend tu. guru ni terkenal bukan sbb mcm Faizal Shahril The Legend tu yg akan bertempik ... TEPI...TEPI...TEPI...!!!! pada setiap subuh khamis. tapi guru-guru ini seringkali menjadi sebutan atas sebab ciri-ciri dan penampilannya serta barangkali kehebatannya dalam mengajar di sekolah.

Mari kita kenali guru-guru kita yg legend tu:

1) Allahyarham Tn Hj Suhot b Hj Sayuti.

legenda arwah pengetua kita ni mmg takleh dinafikan la sebab dia antara pengetua yg paling banyak kali keluar masuk sekolah. mula dr zaman tembakau (scene kena rotan kat tapak kaki) sampai la kita semua keluar sekolah pada tahun 1999, still arwah ni jd pengetua kita. budak2 kita ada jugak yg merasa penangan rotan dia (scene lightsaber bagi pengantoi fly keluar gi manjung).

2) Tn Hj Zahari b Ahmad Zarani

legenda beliau adalah kerana menjadi seorang penolong kanan hal ehwal murid (HEM) yg paling berkaliber dikalangan pelajar azlan. seringkali jadi tumpuan pelajar setiap kali ada masalah berkaitan peribadi, dan tak kurang jugak menjadi tumpuan pelajar setiap hujung minggu kerana nk balik kampung atas sebab beliau juga merangkap ketua warden dan warden yg senang sket nak mintak balik kampung atau keluar pekan. (tak caye tanya pakar mintak balik kampung berpengalaman luas, sedara Ruhizat Kambing a.k.a Majistret Ipoh).

Lagi satu beliau ada ayat trademark yg femes iaitu setiap kali nk memulakan ucapan dalam masjid (lepas semayang)...."Saudara imam.., para warden.., guru-guru...serta para pelajar sekalian." Sedara paeh selalu tambah hujungnya... "dan t-shirt joe jambul." (tah ape kaitannye gua pn xtau).

3) Allahyarham En. Mohamed b Itam Hamid.

Arwah lebih dikenali dengan panggilan cikgu mat itam (gabungan nama dia dgn bapak dia, sama mcm fidomat: firdaus + ahmad). juga dikenali dgn gelaran cikgu Mat Aura. kehandalan beliau terbukti dengan kehebatannya mengajar geografi serta berpengalaman luas dalam ilmu kegeografian. namun kelegendaan beliau yg paling hebat yg tak dapat ditandingi oleh guru-guru yg lain adalah AURA beliau semasa mengajar. takde cikgu lain boleh celen beb. aura beliau bukanla seperti aura laga hitam atau aura alam semesta mcm komik alam perwira tu, tapi ni AURA MENGANTUK. semua pelajar telah merasa, setiap kali tiba waktu dia nk masuk mengajar, pasti aura ni akan menyelubungi kelas on the spot. jika anda tak hafal jadual kelas, dan nk tau time cikgu sape lepas tu, kalu anda tiba-tiba diselubungi aura mata nk terpejam, maka anda tau la masa tu adalah geografi yg diajar oleh cikgu mat itam.

4) Ust. Mustapha Kamal b Ahmad Kasim.

Guru + Warden ni terkenal dgn kebrutalan dan keganasannya dikalangan pelajar. hasil keluaran kem wataniah (kat mana tak tau la), beliau telah aplikasikan ilmu ketenteraan dalam usaha mendidik dan membentuk budak-budak azlan yg kebanyakkannya mcm nk hancus je.laungan serta tempikannya menjadi trademark kat aspura yg mana kadang-kadang kedengaran sampai aspuri terus. libasan penampar padu maut serta starlight menjadi hukuman feveret utk budak2 azlan selain pumping serta guling sebagai hukuman sampingan (lihat kisah the punishment). beliau juga merangkap public phone / operator talipon untuk budak aspura sbb beliau ada handphone masa tu, jadi mak bapak yg nk talipon cakap dgn anak2 akan kol talipon dia, dan masa tu dia akan laung budak sehabis suara panggil turun tanpa perlu gunakan mic asrama (sila tanya sedara padil azim).

5) En. Hasnan b Basri

Sangat terkenal juga dgn kebrutalan beliau dalam menangani kes pelajar. senjata paling ampuh beliau adalah pelempang dan backhand je (tanya sedara meowlestik dan padil azim). cara yg lebih mudah dan ringkas, silap sket je, hayun terus. Kereta beliau jugak turut dikategorikan agak legend, kerana mempunyai bunyi hon pelik seakan2 hon motor india jual roti. tapi budak2 azlan yg dh arif dan kenal bunyi tu, akan terus jadi berwaspada tiap kali mendengarnye. yg mana kaki law-breaker yg sebelumnya brutal tahap suria perkasa hitam akan drop terus terketar2 sampai terkentut (mcm meowlestik).

6) En Zan Asri b Tasir

Guru idola dan kesayangan bagi murid2 kelas 5K kerana kehebatannya dalam menyampaikan ilmu matematik tambahan yg berkesan kaw2 (ramai budak2 5K jadi scorer). namun beliau ditakuti atau beliau sendiri anti kepada kelas2 selain 5K iaitu 5H, 5B dan 5S. sungguhpun beliau kurang gemar pada kelas 5S tetapi beliau tetap suka mengunjungi kelas 5S kerana 2 sebab iaitu mengacau Raja Farah (syok kot) ataupun mengintip gerak geri meowlestik (meowlestik sering jadi perhatian beliau mungkin kerana beliau turut minatpd meowlestik). legend beliau terletak pada trademark jambang memenuhi hampir separuh muka dan pandangan yg sentiasa condong 35 darjah yg disukat menggunakan teori janjang arithmetic (atau mungkin dh ditukar kepada jambang arithmetic). selalu menggemparkan (menyound tak tentu pasal) pada kelas2 non feveret beliau, katanya semua kelas lain pemalas tak mcm 5K. tapi dikalangan budak 5K ada jgk yg non feveret beliau iaitu sedara asri shuhim atau seluarpendiks. katanya asri adalah dari kalangan pengikut-pengikut kepala setan dari kelas 5H iaitu botak yg dilabel kepala setan dan termasuk pengikut ciliknya iaitu sedara don yg digelar setan kecil.

7) Pn Sazni bt Ibrahim

Guru kelas 5S ni cuma ada satu legend dia yg paling aku ingat skali, iaitu ketinggian level bahasa beliau. Kenapa? sedara haizad fahmi (adik kembar meowlestik) pernah cilok satu sajak dari penyajak terkenal tanahair (tak ingat sape) untuk siapkan keje skolah beliau. harapannya berbunga2 nk dapat markah paling tinggi, sbb sajak tu nukilan bukan sebarangan orang. tapi hampanya sedara haizad, apabila sajak yg dihantarnya cuma dapat markah 60 je (xdpt A pon). alasan cikgu sazni ada;ah sajak beliau kurang makna ataupun pengertian yang kurang mendalam, sajak yg sraight fwd je maksudnya. selepas kejadian tu barulah disedari bahawa taraf bahasa beliau sangat tinggi mengalahkan sasterawan2 tanahair yg tersohor.

8) Tn Hj Muhammad Yazid b Abdul Aziz

Guru bahasa arab yg terkenal dgn kelantangan dan kebisingannya. seringkali jadikan pelajar perempuan sebagai sasaran menyakatnye. mengajar bahasa arab tahap tinggi 5K dan jugak 5B. suka cubit kaw2 kat budak lelaki sementara budak perempuan selalu kena taji tangan atas meja. paling brutal adalah budak kelas 5B kena ketuk ketampi 100X (tak ingat sbb ape) sampai 3 hari 3 malam budak2 tu jalan tak betul (ngangkang aje).

nanti sambung lagi...banyak lagi guru2 legend kita...

Thursday, October 7, 2010

Faizal Shahril De Legend

Tiap-tiap pagi Khamis kalau tak dengo bunyi orang berlari atas koridor memang tak sah. Silap-silap kalau tak kene gaye, buat-buat hero tahan barang seminit due, mau ade barang 'chichio'.

Orang lain pon pekena gak, tapi nape perot die tak bape ngam dengan bende ni, aku pon tak bape sure.



roti cana de legend...keh keh keh!


Aku harap sedare Pejal dah tak wat perangai dah lari-lari pagi-pagi tuju ke jamban lepas pekena roti cana. Berlari atas koridor pakai uniform Kastam, uish, buruk benor ghupenye, iye idok??


p/s : Buat ingatan kawan-kawan...

add la pozan kome woih!

pada siapa-siapa yang belum tahu, pozan dah ada fesbuk. lama dah pun. tapi dia selama ni dia hanya add budak-budak bainun.

so, sekarang ni dia dah terima budak azlan selaku kawan sosialnya. jadi, jangan lupa add dia di fesbuk.

search: Mohd Faudzan. memang banyak mohd.faudzan yang akan keluar. so kalau dah lupa pozan yang mana, yang paling tak hensem tu, dia la..

kalau kome add dia, kome berpeluang makan free di kedai beliau. tak heranlah kenapa meor antara terawal ada list fren pozan, ye dok?

Wednesday, October 6, 2010

meor de legend


aisey.....sahabat aku yang dirindui....tup2...kawin...tak ajak pun..
....so sweet....

p/s : buat tatapan kawan2....

term-term yang selalu disalahguna boleh budak azlan siri 1

Hola!gua dah lama x masuk budakazlan nih!

banyak dah entry pasal ed ngan pidomat ni!ada apa2 ke?heh!

gua tengah berkira2 nak buat aqiqah utk anak gua tetiba gua teringat amalan khurafat di azlan menyalahgunakan tajuk yang sama.

budak-budak azlan ni memang selalu menggunakan ayat yang sama dengan sesuatu amalan tapi konsep mmg lari abis.

Aqiqah pengertian betul dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Tapi di azlan aqiqah membawa maksud menghimpap rakan secara berjemaah sebagai tanda persahabatan sejati.ada iras-iras main ragbi tapi lebih mesra.unikkan?

satu hari kalau aqiqah tidak diamalkan memang tak sah hari tu.

selalunya setiap orang merasa amalan aqiqah atau 'kekah' dalam bahasa pasarnya.

amalan aqiqah ni selalunya dilakukan di tempat awam-bilik prep, bilik asrama dan lain2.kadang2 kat lokasi air terjun pun jadi.gila ah!

selalunya amalan ini dimulakan dengan laungan 'kekah' dan seterusnya pelaung dan rakan2nya akan mencari mangsa untuk diaqiqahkan. Namun kadang kala oleh kerana tiada mangsa, si pelaung pun boleh diaqiqah. tak caya tanya atuk.

tapi kemuncak aqiqah ini berlaku apabila satu malam asrama tiba2 black-out.maka sekonyong-konyong terdapat beberapa orang (nama dirahsiakan) memulakan aqiqah.

tengah beramai-ramai beraqiqah tu tetiba dari pintu bilik prep datang kaki menyepak semua orang terlibat dengan brutalnya seraya menjerit.

ni apahal main himpap2 ni!keluar sekarang!

gua dah awal2 lagi nampak mamat yang menyepak tu.sekali ustad mus daaa

apa lagi.bertempiaran la lari semua orang.yang mana sempat memang dah berkelik di sebalik meja yang ada. yang kena tangkap memang mengucap syahadah dan takbir tanda syahid pada malam tu.

selepas malam tu, tiada amalan aqiqah lagi di azlan. agaknya ustad mus dah keluarkan fatwa pengharaman aqiqah menggunakan kaki beliau yang tebal tu.

sekian.

nanti gua cerita satu lagi term salah di asrama -sodom (solat dalam dorm bukan perilaku sodom)


Friday, October 1, 2010

edzuan omar yang berjiwa keusahawanan

satu hari ketika gua form 2, datang si edzuan omar menghampiri gua. di tangannya ada sekotak kaset.

ed: tak, beli la kaset ni, ini kaset kumpulan nasyid sekolah, sofwatunnur, cacamerba tajuk album dia. aku jual ke kamu, rm5 je. beli la..

selaku orang baru dan nak menyokong industri nasyid sekolah, gua pun beli la. tapi dia nak jual rm6 plak.

gua: nape tiba2 kamu nak jual rm6?

jawapan edzuan omar memang di luar jangkaan.

ed: aku nak jadi bisnesman jugak. jual mahal sket.

sungguh gua tak sangka, asas keusahawanan memang ada dalam idup edzuan omar sejak form 2 lagi.

p/s: album tu memang tak mengecewakan. semua macam gampang.

p/sII: siapa ada album sofwatunnur tu, sila post gambar dia kat sini. rindu gak gua nak tengok.